"Aku Diberi Amanah Maka Aku Wujud."



Menulis boleh membangkitkan semangat juang.
Menulis boleh meragut jiwa hingga menitis airmata.
Menulis boleh menggugat pemerintahan tirani.
Menulis boleh mengawal minda masyarakat.

Maka, menulis adalah kuasa.
Kuasa merubah dunia.

Thursday 15 October 2015

Darwinisme: Aplikasi Terhadap Dunia Terutamanya Dunia Perang Pertama & Dunia Perang Ke-2.




Mengenali sosok tubuh bernama Charles Darwin boleh dikatakan telah menjadi 'mentor' saya dalam sains biologi. Kerana minat yang dalam mengenai sains biologi terutamanya kepelbagaian makhluk Bumi, nama Charles Darwin serta pemikirannya sedikit demi sedikit menjadi sebati dalam mindaku. Sehingga ini saya membenarkan teori ini dalam konsep kepelbagaian karakter-karakter makhluk Bumi yang teradaptasi di planet ini.

"Natural Selection"





Mengenai Charles Darwin, beliau adalah anak kelima dari enam orang anak seorang doktor bernama Robert Darwin beserta isterinya Susannah Darwin dan lahir pada 12 Februari 1809 di rumah keluarganya, yang berada di England. Tidak meminati untuk mewariskan pekerjaan ayahnya, dia berminat pula akan sains alam dengan membantu dalam pengkajian hidupan laut di University of Edinburgh. 

Minat kemuncaknya berlaku apabila dia menyertai pelayaran HMS Beagle untuk tujuan penyelidikan geologi selama 5 tahun. Pemerhatian dan pembuktian fosil yang Darwin temui di seluruh dunia seperti Pulau Galapagos yang dihuni oleh burung yang pelbagai bentuk paruh dan kepelbagaian bentuk cangkerang kura-kura gergasi. Dari pelayaran itulah Darwin bersungguh-sungguh mengkaji 'fenomena pelik' tersebut dan pada 1838 dia keluarkan idea tentang pemilihan alam (natural selection: idea yang mana spesis yang survive lebih lama dalam perubahan iklim dunia adalah spesis tahan lama yang dipilih 'alam') bersama sahabat se-ideologinya, Alfred Russel Wallace. Kemudian Darwin keluarkan masterpiece beliau pada 1859, di mana teorinya telah lengkap dibukukan dalam buku On The Origin Of Species. Buku itu lengkap menerangkan teori terbaru beliau setelah beberapa lama tempoh pengkajian terhadap kepelbagaian makhluk Bumi, iaitu Teori Evolusi.

*Teori Evolusi secara ringkasnya adalah teori yang mana mana-mana spesis makhluk hidup dunia yang telah beradaptasi berkongsi mana-mana karakter dengan mana-mana spesis makhluk hidup purba, iaitu common ancestor.*

Memang, ideologi dan pemikiran Darwin ini, ataupun Darwinisme cumalah pemikiran sains biologi yang mempengaruhi dunia sains alam terutamanya kepelbagaian makhluk alam. Tetapi bukan dunia sains alam saja mampu dipengaruhi, dunia politik juga mampu Darwinisme masuki sehingga tercatatlah sejarahnya oleh 'kesilapan' Darwin menyebarkan teori sains beliau.

*Saya skip persoalan dan pembantahan tentang teori Darwinisme dalam dunia sains biologi sebab skop ini adalah terlalu besar untuk dibincangkan. Jadi, saya terus kepada kesan pemikiran Darwin ini dalam dunia politik yang mana skop ini tidak kurang besar juga yang kita perlu bincangkan.*

"Human Selection"





Dalam bab bertajuk 'The Origin of Species by Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Race in the Struggle for Life' dalam buku The Origin of Species, Darwin menerangkan konsep 'perjuangan untuk hidup' di alam semula jadi. Menurut Darwin, di dalam alam ini terdapat berbagai pertarungan untuk hidup yang tidak mengenal erti belas kasihan, iaitu konflik luaran. Yang gagah sering berjaya menawan yang lemah, dan ini yang mewujudkan peningkatan perkembangan hidupan. Darwin juga telah mengemukakan bahawa pertempuran untuk mencari untung dan ketidakadilan mempunyai justifikasi sains, dan menyatakan bahawa semuanya ini adalah sebahagian daripada fitrah manusia, bahawa manusia mewarisi dendam dan sifat agresif yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, dan bahawa dengan cara ini jugalah haiwan yang lebih gagah dapat selamat, undang-undang yang sama berlaku kepada manusia.

Idea ini diinspirasikan oleh Thomas Malthus, ahli ekonomi Inggeris yang idea Malthus pernah ditulis di dalam bukunya bertajuk An Essay on the Principle of Population. Buku ini menyatakan bahawa manusia akan menghadapi masa depan yang gelap. Malthus merumuskan bahawa populasi manusia akan meningkat pada kelajuan yang dahsyat. Jumlah mereka akan meningkat sekali ganda setiap 25 tahun. Bagaimana pun, keperluan makanan tidak meningkat pada kadar yang sama. Di dalam keadaan ini, seluruh manusia akan menghadapi ancaman bahaya kebuluran yang genting. Kuasa-kuasa yang dapat mengawal populasi ini hanyalah malapetaka, seperti peperangan, kebuluran, dan serangan penyakit. Ringkasnya, untuk membolehkan sebahagian manusia hidup, adalah perlu untuk mereka yang lain dikorbankan. Kewujudan bererti 'peperangan yang berterusan'.

Darwin mengakui buku Malthuslah yang telah memberikannya idea tentang perjuangan untuk hidup:

Pada Oktober 1838, iaitu lima belas bulan selepas saya memulakan penyelidikan secara sistematik, saya telah membaca secara suka-suka pendapat Malthus tentang populasi, dan telah bersedia menilai perjuangan untuk hidup yang berterusan daripada pemerhatian yang panjang terhadap habitat haiwan dan tumbuhan, ia membuatkan saya terfikir bahawa di dalam keadaan ini, variasi-variasi pilihan akan lebih terpelihara dan variasi bukan pilihan akan musnah. Hasilnya ialah pembentukan spesies-spesies baru. Akhirnya saya mendapat satu teori yang berguna.

Darwin yang terpengaruh dengan Malthus, telah memasukkan pandangan ini ke alam semula jadi, dan menganggap bahawa peperangan ini akan dimenangi oleh yang paling kuat dan perkasa. Dakwaan Darwin ini juga merangkumi semua tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga manusia. Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan untuk hidup ini merupakan undang-undang alam semula jadi yang berkekalan dan tidak akan berubah. Dengan menolak hakikat ciptaan, beliau telah mengajak manusia untuk meninggalkan kepercayaan-kepercayaan mereka dan prinsip-prinsip sesuatu etnik yang menjadi penghalang kepada 'perjuangan untuk hidup' yang kejam ini.

Kemudian idea ini yang telah diserap dalam teori Darwinisme telah diterima ramai terutamanya para imperialis, materialis dan kapitalis yang tidak teragak-agak menerima idea ini sebagai cara membenarkan tindakan mereka yang kononnya didasari oleh 'misi saintifik'. Dalam tempoh seketika saja, idea ini telah 'diseludup' masuk ke dunia politik yang akan mencorakkan dunia. Di dalam setiap bidang, idea asasnya ialah slogan “perjuangan untuk hidup” dan “yang kuatlah yang terus hidup”, dan parti-parti politik, rakyat, pentadbir, firma-firma komersial, individu-individu telah mula hidup di dalam bara slogan-slogan ini. Disebabkan ideologi yang berkuasa telah mengiktiraf Darwinisme, maka propaganda-propaganda para penyokong Darwin telah mula menyusup masuk ke berbagai bidang, daripada pendidikan kepada seni, daripada politik kepada sejarah.

Maka, peperangan, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai telah mula berlaku di sebahagian besar dunia. Lebih daripada itu, penyokong-penyokong Darwin telah menyokong dan menggalakkan perbuatan-perbuatan ini yang membawa banyak kesengsaraan, pertumpahan darah, dan penderitaan kepada dunia, dan membela semua perlakuan mereka. Hasil daripada sokongan saintifik yang terkenal ini, semua ideologi-ideologi berbahaya ini telah menjadi semakin kuat, dan menyebabkan abad ke-20 dicap sebagai “zaman penderitaan”.

Darwin sendiri mengakui bahawa pendangan-pandangan beliau yang berasaskan kepada evolusi telah diserapkan kepada kepercayaan etnik dan sains kemasyarakatan. Darwin menyebutkan seperti berikut kerpada H. Thiel di dalam sepucuk surat pada tahun 1869:

Anda tidak akan percaya betapa gembiranya saya mengetahui bahawa anda telah menyerapkan ke dalam moral dan sosial persoalan-persoalan yang sama dengan pandangan-pandangan yang telah saya gunakan berkaitan dengan pemindaan spesies-spesies. Saya sendiri tidak menyangka pandangan-pandangan saya akan dikembangkan begitu jauh berbeza, dan yang lebih penting, ia menguasai.

1. Hitler dan Bangsa Aryan




Adolf Hitler, pengasas parti politik Nazi dan pencetus perang besar untuk perluasan kerajaan Jerman telah membawa idea rasisme-nya di bawah payung ideologi Nazisme yang menyatakan bahawa percaya bahawa bangsa Aryan, yang menjadi elemen utama rakyat Jerman, adalah lebih tinggi daripada bangsa-bangsa lain dan ia perlu memerintah mereka. Dia mengimpikan bangsa Aryan akan membentuk sebuah empayar dunia yang akan kekal selama seribu tahun.

Yang membuat Hitler merealisasikan idea rasisnya adalah si pengasasnya, Heinrich von Treitschke, seorang ahli sejarah Jerman yang telah benar-benar tepengaruh dengan teori evolusi Darwin dan mengasaskan pandangan rasisnya berdasarkan Darwinisme. Beliau pernah berkata “Bangsa-bangsa hanya dapat
dibangunkan oleh pertandingan ganas seperti (idea) ‘yang kuatlah, yang terus hidup’ Darwin”, dan menegaskan bahawa ini bererti ia adalah peperangan yang berterusan dan tidak dapat dielakkan. Kemudian idea rasisme dari teori Darwin ini telah Hitler terapkan dalam buku tulisan beliau yang berjudul Mein Kampf.

Hitler yang mempercayai ketinggian bangsa Aryan, percaya bahawa ketinggian bangsa ini telah diberikan secara semulajadi. Di dalam Mein Kampf beliau menulis seperti berikut:

Orang-orang Yahudi telah membentuk satu bangsa sub-manusia yang bertentangan, yang telah ditakdirkan oleh warisan biologi mereka menjurus kepada kejahatan, seperti bangsa Nordik yang telah dijadikan untuk menjadi bangsawan… Sejarah akan sampai ke kemuncaknya di dalam satu empayar kegemilangan yang baru, berdasarkan tata tingkat bangsa baru yang ditentukan sendiri oleh alam semula jadi.

Teori eugenik, yang telah berkembang pada separuh pertama abad
ke-20, adalah teori yang sememangnya berasal dari Darwinisme yang telah didefinisikan sebagai menyingkirkan mereka yang sakit dan cacat dan “meningkatkan” bangsa manusia dengan menambah jumlah individu-individu yang sihat. Pelopor bagi teori eugenik ini adalah sepupu Darwin, Francis Galton.

Di Jerman orang pertama yang terpengaruh dan mula mengembangkan eugenik ialah seorang pakar biologi evolusi yang terkenal Ernst Haeckel. Haeckel adalah kawan baik dan penyokong Darwin. Dia mengemukakan propaganda eugenik yang mana mencadangkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan cacat mesti dibunuh dan dengan itu ia akan dapat mempercepatkan masyarakat evolusi. Malah dia jugah telah mendakwa bahawa pesakit kusta dan pesakit kanser dan pesakit mental perlu dibunuh, atau sebaliknya mereka ini akan menjadi bebanan di dalam masyarakat ini dan akan melambatkan evolusi.

Haeckel meninggal dunia pada 1919. Tetapi idea belia telah diwarisi oleh Nazi. Sebaik sahaja Hitler mendapat kuasa, satu program eugenik rasmi telah dimulakan. Hitler merumuskan polisi baru ini seperti berikut:

Di dalam negara yang popular, pendidikan minda dan tubuh memainkan peranan yang penting, tetapi pilihan manusia juga tidak kurang pentingnya… Kerajaan mempunyai tanggungjawab mengetepikan untuk tujuan pembiakan sesiapa yang sakit atau gen-gennya tidak sempurna. …dan perlu menjalankan tanggungjawab
ini dengan kasar tanpa menghiraukan sesiapa sahaja. …Menghentikan pembiakan mereka yang bertubuh lemah atau cacat fizikal di dalam jangka masa 600 tahun akan datang… untuk memajukan kesihatan manusia yang sukar dijangkakan hari ini. Sekiranya peningkatan bangsa yang sihat dapat direalisasikan dan dirancang, hasilnya ialah satu bangsa yang… telah kehilangan kelemahan fizikal dan kerohanian yang kita miliki kini.

Maka, dengan memisahkan, dan mengasingkan, bangsa-bangsa mundur ini daripada bangsa Aryan, yang Hitler percaya adalah bangsa yang maju, serta penghapusan mana-mana manusia yang tua, lemah dan berpenyakit walaupun bangsa Aryan sendiri adalah langkah pertama bagi merealisasikan impian Hitler melalui gerakan Nazinya. Maka, Pada peringkat ini, Nazi telah mula melaksanakan Darwinisme, dan sebagai contoh teori eugenik yang berasal daripada Darwinisme. Sehinggalah ke peringkat membina ladang-ladang 'manusia' untuk menghasilkan baka Aryan terbaik semata-mata merealisasikan teori eugenik Hiler.

Apaakah berhasil impian Hitler untuk menubuhkan bangsa Aryan pertama dunia? Semuanya hancur dalam tanga Bersekutu hingga menuju ke kematian Hitler.

2. Marx dan Sejarah Manusia




Karl Marx dan Friedrich Engels, ahli falsafah Jerman yang terkenal dengan ideologi Komunisme mempercayai bahawa teori Darwinisme mampu membawa ideologi bawaan Marx dan Engels pergi jauh lagi. Dengan menekankan ciri 'perjuangan untuk hidup' dan 'kekecualian Tuhan dalam urusan alam', mereka berdua percaya kedua-dua ciri ini mampu membentuk kronologi sejarah mengikut fahaman mereka.

Darwinsme amat penting kepada Komunisme sehingga hanya beberapa bulan selepas buku Darwin diterbitkan, Engels telah menulis kepada Marx,

“(tulisan) Darwin, yang baru saya bacanya, adalah sebuah karya cemerlang.”

Marx menulis kembali kepada Engels pada 19 Disember 1860, menyatakan,

“Ini adalah sebuah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk tatapan kita”

Marx meluahkan simpatinya kepada Darwin dengan mendedikasikan hasil kerja beliau yang paling penting, Das Kapital, kepadanya. Salinan jilid pertama buku Marx milik Darwin telah dicatat oleh Marx, ia menggambarkan dirinya sebagai seorang peminat setia kepada penyokong naturalisme English tersebut. Engels memuji Darwin dan Marx sebagai mempunyai persamaan,

“Sebaik sahaja Darwin menemui undang-undang evolusi di dalam alam organik semula jadi, Marx pula telah menemui undang-undang evolusi di dalam sejarah manusia.”

Seorang penyelidik Amerika Conway Zirckle menjelaskan mengapa pengasas Komunisme menerima teori Darwin dengan segera:

"Marx dan Engels menerima evolusi sebaik sahaja Darwin menerbitkan buku The Origin of Species. Evolusi diperlukan oleh pengasas komunisme untuk menjelaskan bagaimana manusia dapat hidup tanpa campur tangan daripada kuasa alam ghaib, dan juga boleh digunakan untuk menyokong dasar falsafah materialistik mereka. Tambahan pula, tafsiran Darwin tentang evolusi – evolusi tercetus daripada operasi pilihan semula jadi – telah memberikan mereka satu hipotesis alternatif untuk melindungi penjelasan fakta secara teleologi bahawa semua bentuk hidupan telah diadaptasikan kepada keadaan sekeliling mereka."

Lihat, betapa taksubnya Marx dan Engels terhadap pemikiran Darwin sehingga sejarah dunia mereka anggap mempunyai undang-undang evolusi juga. Marx telah mengadaptasi idea Darwin, yang telah mempengaruhinya, ke dalam proses dialektik sejarah. Menurut Marx, masyarakat melalui beberapa fasa di dalam sejarah, dan faktor yang menentukan fasafasa ini ialah perubahan purata pengeluaran dan hubungan pengeluaran. Berdasarkan pandangan ini, ekonomi menentukan perkara-perkara lain. Sejarah melalui peringkat-peringkat evolusi: Masyarakat primitif, masyarakat hamba, masyarakat feudal, masyarakat kapitalis, dan peringkat terakhir, masyarakat Komunis.

Tetapi sejarah sendiri telah membuktikan bahawa ramalan zaman-zaman evolusi Marx tidak berlaku. Tidak pernah di dalam sejarah mana-mana masyarakat melalui peringkat-peringkat evolusi yang diramalkan oleh Marx. Sebaliknya, dapat dilihat sistem-sistem yang Marx kenal pasti datang sebelum atau selepas pada masa yang sama di dalam satu masyarakat. Ketika sebahagian negara mengalami sistem mirip kepada sistem feudal, undang-undang kapitalis mungkin dijalankan di kawasan lain. Tidak ada sebarang bukti menunjukkan peringkat daripada satu sistem ke satu sistem yang lain mengikut corak evolusi yang didakwa oleh Marx dan teori evolusi.

Tiada satu pun ramalan Marx tentang masa depan menjadi kenyataan. Teori Marx telah dikesan tidak berguna hanya 10 tahun selepas kematiannya. Marx mendakwa satu demi satu bangsa kapitalis paling maju akan melakukan revolusi, tetapi tidak satu pun yang berlaku. Lenin, pengikut Marx paling hebat, dan juga pemimpin gerakan Bolshevik Komunis di Rusia, cuba menjelaskan mengapa revolusi-revolusi ini tidak berlaku, dan kemudian dia pula meramalkan bahawa revolusirevolusi ini akan berlaku di negara-negara Dunia Ketiga. Hingga kini dakwaan Lenin telah dibuktikan tidak benar oleh sejarah. Hari ini negara-negara yang berada di bawah Komunisme dapat dikira dengan jari sebelah tangan sahaja.

Tambahan pula, Marxisme menggunakan kekerasan di dalam kawasan yang dikuasainya, dan ia tidak berkuasa dengan gerakan popular, seperti yang didakwanya, tetapi melalui tekanan diktator. Kesimpulannya, sejarah kini telah membatalkan ramalan zaman-zaman sejarah evolusi falsafah Marx. Maka, teori-teori seperti “sejarah dialektik” dan “sejarah evolusi” di dalam banyak jilid yang ditulis oleh ahli ideologi seperti Marx dan Engels, hanyalah hasil daripada fantasi.

"Economy Selection"





Teori Darwinisme bukan sekadar berlegar dalam dunia politik pada kedua-dua perang dunia saja, malah bidang ekonomi pun 'terpengaruh' akan dakyak Darwinisme ini. Kapitalisme bererti kesetiaan kepada kekayaan, satu sistem bebas dan tidak terbatas yang berasaskan sepenuhnya kepada keuntungan di mana masyarakat bersaing di dalam kriteria ini.

Individualisme sangat penting di dalam kapitalisme, kerana masyarakat tidak menganggap diri mereka sebahagian daripada masyarakat, tetapi sebaliknya sebagai satu individu yang berdiri di atas dua kakinya dan perlu mendapatkan sesuatu dengan usahanya sendiri. Masyarakat yang terjerumus akan idea individualistik untuk bersaing sesama sendiri tidak cara halal atau haram demi mencari keuntungan semata adalah “Masyarakat Kapitalis".

Dengan menanamkan konsep 'perjuangan untuk hidup' dan 'yang kuat terus hidup' dalam bidang ekonomi, kapitalisme tidak teragak-agak menerima konsep tersebut dan diterjemahkannya dalam prinsip 'yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin'. Praktikal terhadap kapitalisme adalah berasaskan kepada setiap individu – dan ini termasuk juga seseorang, sebuah syarikat, atau satu bangsa –perlu berjuang untuk pembangunan dan kemajuan diri mereka sahaja. Kriteria yang paling penting di dalam perjuangan ini ialah pengeluaran. Pengeluar yang terbaik akan selamat, sementara yang lemah dan tidak berdaya saing akan dihapuskan dan lenyap.

Pada pandangan Herbert Spencer, ahli falsafah Inggeris, cara bagaimana memperkenalkan prinsip-prinsip Darwinisme di dalam kehidupan masyarakat, ialah sekiranya seseorang itu miskin, itu adalah kesilapannya, siapa pun tidak wajar untuk membantunya untuk bangun. Sekiranya seseorang itu kaya, walau pun dia memperolehi kekayaan tersebut dengan cara yang tidak bermoral sekali pun, itu sebenarnya adalah kebolehannya. Kerana itulah orangorang kaya selamat, dan orang-orang miskin pula lenyap.

Spencer yang mempertahankan prinsip-prinsip moral ini telah menyiapkan hasil kerjanya “Social Statistics” pada 1850, menentang semua sistem bantuan yang disediakan oleh kerajaan, perlindungan kesihatan, sekolah-sekolah kerajaan dan inokulasi wajib. Kerana menurut Sosial Darwinisme, kedudukan masyarakat terbentuk daripada prinsip terus hidup yang terkuat. Membantu mereka yang lemah dan menyelamatkan mereka adalah bersalahan dengan prinsip ini. Mereka yang kaya menjadi kaya kerana mereka lebih kuat; sebahagian bangsa menakluki sebahagian yang lain kerana mereka lebih superior daripada yang lain, sebahagian bangsa dijajah oleh bangsa lain kerana mereka lebih bijak daripada mereka.

Spencer telah menyerapkan doktrin ini di dalam masyarakat manusia dengan mendakwa:

“Sekiranya mereka sempurna untuk hidup, mereka akan hidup, dan memang mereka berhak hidup. Sekiranya mereka tidak sempurna untuk hidup, mereka akan mati, dan adalah lebih baik bagi mereka untuk mati."

Maka, Kapitalisme telah menggunakan teori evolusi Darwin sebagai satu ulasan “saintifik” kepada masyarakat kapitalis. Akibatnya, manusia telah kehilangan beberapa konsep yang telah dibawa oleh agama, seperti konsep saling membantu, prihatin dan bekerjasama, dan sebaliknya konsep-konsep ini telah digantikan dengan sifat mementingkan diri sendiri, licik dan secara oportunis.

Andrew Carnegie, salah seorang hartawan yang terkaya di Amerika, mengatakan keyakinan beliau terhadap evolusi seperti berikut,

“Saya telah menemui kebenaran evolusi."

Seterusnya beliau menulis:

"Ia (undang-undang persaingan) ada di sini, kita tidak dapat menghindarinya; tidak ada gantinya, dan walaupun kadang-kadang undang-undang ini menyulitkan seseorang, tetapi ia memberikan kebaikan kepada bangsa, kerana ia memerlukan terus hidup terkuat di dalam semua bidang."

Seperti yang dapat disaksikan daripada apa yang telah dijelaskan setakat ini, kapitalisme telah mengheret manusia untuk menyembah wang dan kuasa yang terhasil daripada wang tersebut. Dengan mengetepikan semua nilai-nilai agama dan etnik, masyarakat yang telah terpengaruh dengan saranan-saranan evolusi ini telah mula memberikan tumpuan kepada kuasa material, dan mula menjauhkan diri daripada perasaan belas, kasihan dan pengorbanan.

Apa yang berlaku pada negara-negara yang terikat dengan Kapitalisme?

Mereka yang miskin, tidak berdaya dan lemah, dinafikan kebajikan mereka, tidak dipedulikan atau dilindungi. Sekali pun mereka ditimpa penyakit yang serius dan berbahaya, mereka tidak akan dapat mencari sesiapa untuk melindungi mereka dan membantu menyembuhkan mereka. Orang-orang miskin ditinggalkan dengan sakit mereka dan dibiarkan untuk mati. Di kebanyakan negara, perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Hanya ingin merealisasikan prinsip "yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin", para ahli politik, jutawan, hartawan dan segala macam orang atasan menikmati kekayaan mereka bersendirian dan bangga akan status mereka sebagai orang paling kaya kerana usaha mencari keuntungan secara individual manakala para bawahan terutamanya para marhaen, yang mana hari-hari terpaksa mencari sesuap nasi, tidak pernah menikmati kekayaan, sehingga merawat penyakit perlu wang untuk teruskan hidup, dibiarkan berkeliaran tanpa apa-apa hak kebajikan serta perlindungan yang kukuh. Kononnya yang lemah tidak akan hidup lama dalam kehidupan penuh persaingan ini, manusia-manusia kelas bawahan menjadi mangsa sistem yang amat berat sebelah.

"Akhir"

Berjayakah negara bangsa Aryan yang Hitler impikan?
Menjadi realitikah sejarah ketamadunan manusia yang Marx evolusikan?
Adakah Kapitalisme itu sendiri membawa kesejagatan masyarakat dunia?

Persoalan paling penting, berjayakah konsep "perjuangan untuk hidup" Darwin direalisasikan dalam kehidupan manusia?

SEMUANYA GAGAL!

Dan kalaulah Darwin hidup di setiap zaman yang ideanya diangkat secara agung oleh para pentaksub, adakah dia berfikir dua kali akan pengadaptasi pemikirannya dalam hidup manusia?

Saya biarkan soalan ini tanpa jawapan untuk anda fikirkan sendiri.

*Rujukan*

1. The Origin of Species, Charles Darwin.
2. Malapetaka Darwinisme terhadap Kemanusiaan, Harun Yahya.
3. Mein Kampf, Adolf Hitler.
4. Kertas kerja: Tafsiran Evolusi Sosial & Konsep Kerajaan Berdasarkan Falsafah Marx-Engels: Kesesuaian & Aplikasi, Nasha Rodziadi Khaw