"Aku Diberi Amanah Maka Aku Wujud."



Menulis boleh membangkitkan semangat juang.
Menulis boleh meragut jiwa hingga menitis airmata.
Menulis boleh menggugat pemerintahan tirani.
Menulis boleh mengawal minda masyarakat.

Maka, menulis adalah kuasa.
Kuasa merubah dunia.

Wednesday 24 June 2015

Siri Bedah Video Games: Half-Life (1) - Invasi Makhluk Asing & Cara Kerajaan 'Menutup' Kebenaran




Terlalu mainstream bagi aku kalau membedah buku dan media sosial seperti movie yang selalu didiskusikan sama ada oleh individual atau berkumpulan yang biasanya buat dalam gaya jalanan. Apatah lagi berdiskusi gempak kalau mendapat bedah buku yang langka (rare) dan bedah movie yang banyak meimbulkan kontroversi seperti Darcula: Untold. Entri baru kali ini amat berlainan dalam konsep membedah media hiburan. Aku akan melawan arus kebiasaan masyarakat dalam membentangkan media-media hiburan yang menjadi kebiasaan masyarakat luar negara tetapi amat sedikit pembentangannya di negara ini. Melalui 'Siri Bedah Video Games', aku memulakan langkah berani membedah mana-mana video games yang popular dalam kalangan gamers dan mencuba membongkarkan disebalik video games yang menjadi kegilaan ramai.

Sejujurnya, aku memang gamer tegar. Game yang aku paling suka mainkannya adalah game berkonsepkan First-person Shooter (Penembak perseorangan) dan historical strategy. Segalanya bermula dari para sepupu sebelah bapa tiri aku yang memperkenalkan video games. Game yang pertama kali aku hadap dan kemudian fanatik bermain game ini sehingga sekarang adalan Half-Life.

Half-Life adalah game berkonsepkan science fiction first-person shooter yang direka cipta oleh Valve Corporation, syarikat pembikinan games yang pertama memperkenalkan game berkonsepkan sebegini dan penerus siri Half-Life (Sebenarnya ada siri seterusnya dalam game ini tapi kita fokus siri pertama ini. Seterusnya akan aku bentang lain hari). Pertama kali diterbitkan oleh Sierra Studios untuk PC, seterusnya diterbitkan lagi untuk PlayStation 2 (PS2), Mac OS X, dan Linux pada Januari 2013 (gamers tau benda ala ni). Dalam Half-Life, pemain (gamer) memegang watak sebagai Dr. Gordon Freeman (lelaki berkaca mata, berjambang dengan suit perlindungan jingga berlogo Lambda λ), pengkaji fizik teoritikal yang sehabis mungkin melarikan diri dari huru-hara dan kemusnahan teruk di pusat kajian fasiliti tertutup (rahsia) yang mengkaji teknologi teleportasi.

Apabila diterbitkan, game ini mendapat respon dan komentar gamers sedunia dengan komentar yang memuji akan jalan cerita yang realistik dan seterusnya mendapat tempat pertama dari 50 games popular dalam anugerah PC Games of the Year. IGN (Syarikat hiburan website) meletakkan Half-Life dalam ranking pertama yang terbaik dalam games berkonsepkan first-person shooter sepanjang masa. Sehingga sekarang Half-Life menjadi game lagenda sepanjang zaman walaupun telah ada siri seterusnya dan game terbaru yang menggunakan konsep yang sama.




Apa yang menariknya Half-Life sehingga mendapat sambutan terhangat seluruh dunia? Aku sebagai gamer yang pernah bermain game ini, memang tidak menafikan Half-Life mempunyai keunikkan tersendiri seperti apa yang difikirkan oleh gamers lain. Plot ceritanya nampak menarik sehingga menampakkan realiti sebenar akan datang. Bukan sekadar menjadi seorang saintis yang membosankan yang hanya berperuk di makmal saja. Malah ia lebih dari itu. Lebih dari apa ang dibanyangi masyarakat dunia.

Para gamer memang merasai keunikkannya apabila pernah bermain Half-Life ini. Bagi mereka bukan gamer, ini adalah entri terpenting untuk memahami jalan carita games yang kamu tetapkan pemikiran bahawa hiburan media ini membuang masa dan tidak berfaedah. Terpulang pada pemikiran kamu semua. Tapi bagi aku, hiburan media ini kalau kita pandai 'menggunakannya', memang ada benefit-nya, terutama dalan merangka strategi dan mempelajari Bahasa Inggeris secara tidak sengaja.

Baik. Akan aku jelaskan satu per satu agar para pembaca memahami apa aku bentangkan dari Half-Life ini.


Apakah cara bermainnya kalau ia adalah game pertama gunakan konsep first-person shooter?

Pemain akan berada kedudukan dimana hanya boleh melihat dalam first-person view. Hanya pandangan mata watak utama saja iaitu Dr.Gordon Freeman dan melaksanakan misi perang dan menyelesaikan sesuatu teka-teki permasalahan. Game ini tiada level dan hanya melalui episod demi episod dalam usaha melarikan diri dari pusat fasiliti yang huru-hara. Setiap episod ada plot konflik tersendiri yang pemain perlu selesaikannya secara solo tanpa bantuan siapa-siapa. Ada 'boss' di setiap episod yang perlu dtumpaskan. Sama ada memerlukan senjata atau alternatif lain untuk hauskannya, terpulang kepada misi setiap episod. Tiada penyelesaian, tidak dapat melalui episod seterusnya. Contoh first-person view.



Pemain dibekalkan senjata dari pengopek kayu (crowbar) ke senjata api seperti pistol, senapang gajah (shotgun), submachine gun dan bazooka. Pemain juga dibekalkan senjata organik asing seperti perumah senjata (tangan makhluk asing yang dubahsuai menjadi senjata) dan parasit pemakan daging bernama Snark. Juga dibekalkan senjata eksperimental.


Boleh ceritakan jalan cerita Half-Life ini?

Ia dimulai dengan kelambatan Dr. Gordon Freeman ke Black Mesa Research Facility, fasiliti terahsia di kawasan padang pasir New Mexico pada pukul 8.47 am. Dia telah tiba di Anomalous Materials Lab, tempat kerjanya menggunakan keretapi Black Mesa dan dimaklumkan oleh pegawai keselamatan bahawa para saintis bakal melakukan eksperimen baru hari ini. Dia kemudian ke bilik loker dan mecapai serta memakai baju perlindungan. Seterusnya dia pergi ke tingkat terbawah untuk ke Anti-Mass Chamber yang mana dia dimaklumkan bahawa spesimen bakal diuji adalah paling jarang dan paling tidak stabil yang pernah dikaji. Tugas Gordon hanyalah menolak spesimen tersebut ke kawasan pengesan laser yang dilancarkan oleh Anti-Mass Spectrometer untuk analisis. Setelah disasarkan ke kawasan pengesan laser, spectrometer tersebut meletup dan belakulah bencana dinamakan 'resonance cascade', di mana terbukalah pintu teleportasi yang menghubungkan Bumi dengan dimensi asing bernama Xen. Gordon secara tidak sengaja diteleportasi dan dibawa sebentar ke kawasan asing yang diduduki makhluk pelik hingga ke kumpulan Vortigaunt (makhluk bermata satu dan mempunyai abiliti serangan elektrik), sementara sebelum 
pengsan.

Bangun dari pengsan, dia mendapati makmal tersebut rosak teruk dan menjumpai mayat bergelimpangan yang terdiri daripada sebahagian saintis dan pegawai keselamatan. Menemui beberapa saintis yang selamat dari bencana, dia dikhabarkan bahawa hubungan komunikasi ke luar fasiliti telah terputus dan dia diarahkan untuk keluar dari fasiliti dan meminta pertolongan kerana dia masih memakai sut perlindungan yang selamat dari kerosakan. Gordon kemudian mencari jalan keluar dengan melalui makmal ke makmal sambil mempertahankan diri dari invasi makhluk pelik dari Zen seperti headcrab yang parasit menyerang manusia dan mengawal tubuhnya dan juga bullsquid, anjing tanpa kepala yang menyerang dengan kuasa gelombang. Beberapa mangsa terselamat berkata bantuan ketenteraan bakal tiba tetapi malang tidak berbau, pasukan tentera Hazardous Environment Combat Unit (HECU) dihantar untuk menghentikan invasi maksluk asing termasuklah mangsa-mangsa yang terselamat sebagai cara kerajaan menutup 'kemalangan' ini tersebar kepada umum.


Gordon, sebagai mangsa terselamat yang mempunyai tugas pergi ke Lambda Complex di mana para saintis di sana mempunyai resolusi bagaimana menghentikan bencana ini, dia mesti menghadapi kedua-dua kuasa yang mengancam diri sendiri, invasi makhluk asing dan pasukan tentera yang patuh pada kerajaan utnuk 'bersih'kan kawasan bencana. Untuk ke sana bukan sesuatu yang mudah, dia harus menghidupkan replika enjin roket untuk membunuh gergasi sesungut tiga, melancarkan satelit yang penting melalui sistem keretapi usang dan bertempur dengan kumpulan Black Ops sebelum ditangkap oleh para tentera seterusnya dibuang ke dalam pemampat sampah.

Gordon terselamat dari tempat buangannya dan meneruskan perjalanan ke  salah satu makmal fasiliti yang lama dan menemui pelbagai spesimen biologi yang dikumpul dari Zen, sebelum 'resonance cascade' berlaku. Sampai lagi ke permukaan, tetapi kali ini dia berada di medan perang. Para tentera terpaksa berdepan dengan serangan makhluk asing meskipun berusaha memanggil bantuan tambahan. Dengan memanjat tebing curam dan menumpaskan jerat dari para tentera di kawasan bangunan terbiar, Gordon berjaya ke kawasan bawah tanah, selamat dari segala ancaman. Para tentera mulai berundur dan melakukan serangan udara, Gordon pula melalui laluan paip besar sementara para makhluk asing membalas serangan dari para tentera.

Akhirnya Gordon tiba ke Lambda Complex, di mana ia tempat penciptaan teknologi dan membuka pintu teleportasi ke Zen pertama kalinya. Setelah mesyuarat berlaku dengan mangsa yang tertinggal, Gordon diberitahu bahawa satelit yang dilancarkan olehnya adalah satelit yang mampu membalikkan 'resonance cascade' ini namun ia gagal kerana ada 'entiti' yang mengawal dan memastikan invasi makhluk asing tetap berjalan. Gordon mesti hapuskan 'entiti' tersebut untuk menghentikan invasi makhluk Zen melalui pintu teleportasi yang dibuka oleh para saintis kemudian Gordon dihantar ke Zen.


Setibanya di Zen, dia mengenalpasti makhluk-makhluk yang dibawa ke Black Mesa dan juga mayat yang terdiri daripada pengkaji yang memakai sut perlindungan datang sebelum Gordon. Dia berusaha mencari jalam ke Gonarch, sarang gergasi headcrab dan tiba di pangkalan makhluk asing. Kemudian dia tiba di kilang tentera yang besar yang 'mengilang' tentera makhluk asing dalam skala yang besar. Setelah berusaha melarikan diri dari serangan para tentera makhluk asing, Gordon menemui pintu teleportasi yang besar dan terus masuk ke dalamnya.

Sampailah Gordon menemui Nihilanth, 'entiti' yang memulakan invasi makhluk Zen, dan dia hapuskan makhluk gergasi itu. Nihilanth itu kemudian dibunuh dan meletup, sehingga Gordon tidak sedar diri akibat dihantuk kepala.

Sedar dari pengsannya, dia ditemui oleh G-Man, lelaki berkot biru yang selalu memerhati tindak-tanduk Gordon dari awal bencana hingga Nihilanth dibunuh. G-Man memuji keberanian Gordon sepanjang pemerhatiannya dan menjelaskan Gordon bahawa 'majikan' beliau (G-Man) percaya abiliti yang ada pada Gordon dan memutuskan bahawa beliau diberi kuasa untuk memberi tugasan seterusnya kepada Gordon. Di situ pemain kena pilih. Sama ada menerima tugasan seterusnya atau tidak. Jika ya, tahniah diucapkan oleh G-Man dan kemudian ditempatkan dalam keadaan statik. Jika tidak, Gordon diteleportasi ke sarang musuh yang sudah pasti meragut nyawanya sekelip mata.



Apa yang boleh kita bongkarkan/bedahkan dalam Half-Life ini?

Setiap movie yang dipertontonkan kepada umum mesti ada perkara tersurat dan tersirat dalam menyampaikan mesej, bukan? Tidak kisah sama ada positif atau negatif penyampaiannya yang pasti ada kita selidik dan bongkar apa yang pengarah ingin sampaikan yang biasanya secara tersirat yang mana sesetangah penonton saja memahami penyampaian secara tersirat itu. Pembentanganlah yang boleh dilakukan untuk mengkonklusikan apa yang movie yang ditontonkan itu sampaikan.

Aku ada bentangkan melalui pandangan aku sendiri tentang penyampaian tersirat sebenar dari movie Dracula: Untold. Sila klik link ini untuk pengetahuan lebih lanjut, Dracula: UntoldKali ini ada 3 perkara tersirat yang misteri aku highlight-kan melalui Half-Life ini.

1. Kewujudan makmal fasiliti rahsia. Bagi aku pencipta Half-Life ini tidak mewujudkan khayalannya untuk 'membina' makmal fasiliti. Ia sememangnya WUJUD. 'Kewujudan' Black Mesa Research Facility dalam Half-Life cumalah 'tanda' bagi mengumumkan kepada semua (target: gamers) bahawa makmal fasiliti yang menempatkan para saintis melakukan kajian sulit memang wujud dalam keadaan tersembunyi dari umum. Dari zaman Perang Dunia Pertama lagi, Kerajaan Nazi Jermanlah yang pertama sekali melakukan kajian sulit dari pengetahuna umum. Yang paling popular adalah pengembaraan angkasa luar Bumi oleh Kerajaan USSR Rusia pada Perang Dunia Kedua yang pada masa itu tiada siapa yang merekodkan kajian tersebut. Zaman demi zaman, fenomena UFO semakin menjadi perhatian umum dan bukti kehadiran UFO telah terbongkar satu per satu dek teknologi yang makin canggih melalui zaman. Namun apakah tindakan negara terutamanya NASA? Pihak atasan cuma memberi alasan bahawa UFO TIDAK WUJUD. UFO cumalah khayalan pemabuk tepi jalan. Bukti kehadiran UFO adalah palsu dan rekaan semata. Walaupun benar bukti tersebut, namun pihak atasan tetap menafikannya demi 'menutup' kes yang menjadi kegemparan umum. 

Selain mencipta berita palsu tentang fenomena UFO oleh pihak atasan (apatah lagi NASA), mereka secara diam-diam 'memerhati' UFO dari jauh dengan mengkaji secara diam-diam mengenai UFO. Apabila insiden mengenai UFO terjadi, pihak atasan dengan sepantas kilat pergi kawasan kejadian dan menyegel kawasan tersebut dengan alasan kawasan larangan yang tidak sepatutnya penduduk masuk kawasan tersebut. Padahal, misi licik mereka adalah mengambil bahan bukti kewujudan UFO saja! Makanya, pihak atasan tidak lari dari mengiyakan kewujudan fenomena UFO tetapi yang menjadi 'dosa' kepada masyarakat dunia adalah mereka memalsukan fenomena tersebut yang sememangnya wujud dan secara diam-diam pula mereka kaji UFO! Apakah memang pihak atasan menyembunyikan ke-sah-an mereka mengenai fenomena UFO semata-mata keselamatan negara?

Berbalik kepada makmal fasiliti rahsia, setiap kajian sulit dijalankan mesti ada makmal fasilitinya untuk melaksanakan kajian yang mereka ingin analisis. Pembongkaran demi pembongkaran kajian sulit tersebar kepada umum melalui internet dan media sosial tetapi makmal fasiliti sulitnya masih kabur untuk mengetahuinya. Kerajaan Nazi Jerman dan USSR Rusia-lah kerajaan berkuasa besar pada zaman kegemilangannya aktif melakukan kajian sulit. Hanya mencapai visi kerajaan, pelbagai kajian sulit giat berjalan demi mencari solusi untuk melaksanakannya. Seperti Hitler, demi melahirkan bangsa yang utuh dan berkuasa dari kerajaan Nazi Jerman, kajian genetik sulit aktif dijalankan namun musnah segalanya setelah kerajaan tersebut hancur di tangan Rusia. Di zaman kegemilangan USSR Rusia pula, demi menjadi kerajaan yang pesat dengan teknologi dunia, kajian penerokaan ke angkasa lepas sanggup dijalankan tetapi musnah kesemuanya setelah punah di tangan US. Kita boleh lihat bahawa mana-mana kerajaan berkuasa besar pada zaman kegemilnagannya, berkemampuan melakukan kajian sulit dari umum hanya semata-mata diingati oleh masyarakat dunia akan 'kekuasaan besar' kerajaan tersebut.

Sekarang? Jika US mampu menghancurkan USSR Rusia maka US-lah kuasa besar terbaru di abad millenia ini. US-lah yang menjadi ibu kapitalis. US-lah menjadi penentu utama dalam masa depan ekonomi negara lain. US-lah yang menang dalam pelbagai isu dunia masa kini. Semuanya melibatkan US. Tiada suatu perkara pun yang US ketinggalan. Tidak mustahil dunai menggelarkan US ini kuasa dunia besar di zaman 2000s. Seolah-olah dunia ini milik US. Melalui hipothesis aku cipta bahawa setiap kuasa besar tetap mempunyai makmal fasilitinya untuk melakukan kajian sulit. Aku dan para pemerhati US lain percaya, bahawa US juga secara terang-terangan (bersembunyi bagi mereka yang tidak tahu agenda sebenar US) melakukan kajian terhadap UFO di negara sendiri. Mengapa UFO? Seperti aku katakan, tak lain dan bukan hanyalah menaikkan nama negara sendiri dalam pengkajian terhadap UFO. Itu sebabnya US berusaha membina makmal fasiliti secara senyap di mana-mana hotspot UFO sama ada negara sendiri atau negara lain. 

Contoh terbaik yang mana US-lah terlibat dalam kajian ke atas UFO adalah Area 51. Area 51 adalah fasiliti rahsia milik pasukan tentera udara US yang terletak di Neveda, barat US. Mengikut sejarah fasiliti rahsia itu sebenarnya tempat uji kaji kapal perang US tetapi tujuan utama sebentar kewujudan fasiliti itu masih tidak diketahui umum. Kerana kerahsiaannya yang kebal dari pandangan umum, ramai masyarakat US mengaitkan kerahsiaan fasiliti itu dengan kajian aktiviti UFO yang menjadi kontroversi yang mana US pun kena tempiasnya.

Antara aktiviti yang sering dikaitkan dengan Area 52 adalah:

1. Pengkajian biologi dan kapal angkasa makhluk asing. 
2. Mereka enjin kapal perang dari teknologi asing (UFO).
3. Mesyuarat dengan makhluk luar bumi.
4. Membangunkan senjata dari tenaga asing.
5. Membangunkan mesin kawalan cuaca.
6. Membangunkan teknologi teleportasi dan kembara masa.

Beberapa saksi yang mendakwa pernah bekerja di Area 51 mengakui ada aktiviti luar biasa yang kontroversi. Bob Lazar, pernah memberitahu bahawa semasa dia bekerja di fasiliti rahsia itu, dia pernah mengendalikan kapal angkasa makhluk asing di Sector Four (S-4) atas dasar arahan US sendiri. Pada 2004, seorang saintis, Dan Burisch mendakwa dia pernah mengusahakan pengklonan virus makhluk asing di Area 51, bersama makhluk asing bernama "J-Rod".

Sahih manakah kisah-kisah aktiviti kajian UFO yang berkait dengan Area 51? Kita tidak tahu lagi kerana kerahsiaannya pada Area 51. Aku percaya, Area 51 mesti aktif membuat kajian mengenai UFO secara rahsia. Hanya tunggu masa saja.

Konklusinya, mendapat seting seperti fasiliti rahsia dalam Half-Life adalah sesuatu yang diluar jangkaan pencipta video permainan PC ini. Sama ada dari ilhamnya ataupun pengetahuan mengenai kewujudan fasiliti rahsia dunia dan kemudian 'mengaplikasikan' dalam Half-Life ini, kita tidak tahu. Yang pasti seting sebegini adalah suatu pemberian 'tanda' kepada umum bahawa fasiliti rahsia memang wujud.

Untuk pembentangan misteri kedua dan ketiga aku sambung kemudian. Panjang gila aku bongkar ni. Doakan kelancaran aku membedah video game ini.

Saturday 6 June 2015

Siang Doktor, Malam Gelandangan.

Lama aku tidak menaip sesuka hati setelah menghentam habis segala tugasan yang perlu dihantar dalam minggu terakhir sebagai mahasiswa tahun ke-3 (Ada 2 tugasan lagi kena hantar minggu depan. Ok itu parah).

Banyak aku taip macam-macam artikel hasil kajian rambang aku tapi aku hold dulu. Sekarang aku mahu kongsikan artikel ini yang sepatutnya para intelektualis patut mengambil iktibar dan aplikasikannya selain mengorek gaji buta yang disorongkan oleh majikan. Sila membaca penuh minat.


Siang Doktor Malam Gelandangan


Menjadi doktor bukan hanya merawat pesakit, tetapi dalam masa yang sama memberi mesej, inspirasi dan motivasi kepada masyarakat. Namun, berapa ramai dalam kalangan doktor sekarang yang benar-benar ikhlas dan bersungguh dalam kerjaya mereka, tanpa mengharapkan imbuhan atau populariti? Hakikatnya, tidak ramai doktor seperti yang seorang ini.

Dr. Jim Whiters merupakan seorang doktor di Pittsburgh, Pennsylvania. Seperti juga doktor-doktor lain, setiap hari beliau sangat sibuk menangani ramai pasien di tempat kerjanya. Boleh dikatakan, ada saja kes mencabar yang perlu ditangani hingga kadangkala tidak menang tangan dibuatnya.

Tugas seorang doktor diakui memang memenatkan. Namun, siapa sangka, tatkala doktor lain pulang ke rumah untuk beristirehat sejurus selesai bertugas, Dr. Whiters pula masih komited dengan tugasnya. Malah, demi tanggungjawab sebagai seorang doktor kepada masyarakat, beliau sanggup merubah penampilan menjadi sesuatu yang tidak pernah diimpikan oleh mana-mana manusia.

Betapa tidak, setiap malam - selama empat hari seminggu, beliau akan berdandan seperti layaknya seorang gelandangan. Memakai baju lusuh dan membawa beg usang. Dengan gaya serabai, dia mengelilingi kota bersama rakannya, Mike Sallows. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Bergaya seperti tidak terurus itu bukanlah bermaksud Dr. Whiters sudah tidak waras fikiran. Tapi apa yang dilakukan beliau sungguh mulia. Dia sanggup merubah imej seorang doktor semata-mata mahu mendekati para gelandangan dan pengemis, seterusnya membantu merawat golongan itu dengan percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Memang payah untuk kita bertemu dengan seorang doktor yang begitu komited dan tidak memikirkan keuntungan seperti Dr. Whiters. Kalau adapun, kebanyakannya mengharapkan bayaran sehingga ada kalanya sanggup mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

Bab doktor sombong, kerek, sambil lewa, malah geli menyentuh pesakit - itu juga biasa kita jumpa. Tapi, sebenarnya tidak semua pengamal perubatan bersikap begitu. Masih ada doktor berhati mulia dan ikhlas dengan tugas mereka. Tinggal lagi, kita belum menemui doktor sebaik itu.

Samalah juga dengan Dr. Whiters. Sebelum ini, tiada siapa pun tahu wujud doktor sebaik beliau. Sehinggalah pada tahun 1992, kemuliaan hati dan kebaikan beliau satu persatu tersingkap ke pengetahuan umum.

Menurut Dr. Whiters, ramai golongan miskin menderita sakit dan memerlukan rawatan. Malang sekali, penderitaan mereka ini selalunya berakhir dengan kematian kerana tidak ada pihak prihatin untuk membantu merawat atau membayar kos perubatan mereka. Sejak itu, beliau nekad ingin membantu golongan kurang bernasib baik di Pennsylvania.

Pada mulanya, niat baik Dr. Whiters itu sedikit terhalang. Ini kerana, sebagai individu yang tidak pernah terdedah dengan kehidupan gelandangan, beliau tidak tahu di mana kawasan yang menjadi tempat tinggal sementara golongan tersebut. Sehinggalah akhirnya dia bertemu dengan Mike Sallows, yang dulunya juga merupakan seorang gelandangan. Melalui Sallows inilah, Dr. Whiters banyak dibantu bagaimana untuk berhubung, seterusnya mendekati komuniti gelandangan dan para pengemis.

Antara pesanan Sallows yang paling diingati oleh Dr. Whiters - jangan sesekali berpakaian seperti doktor apabila hendak mendekati golongan berkenaan. Ini kerana, mereka tidak suka akan hal itu. Ternyata, kata-kata Sallows itu banyak memudahkan kerja-kerja Dr. Whiters. Dari situlah, beliau mula berpakaian mirip seperti gelandangan.

Sambil membawa beg lusuh berisi alat perubatan, dia bersama rakannya, Sallows pergi ke bawah jambatan, hadapan kedai atau lorong-lorong bangunan untuk menemui golongan tidak mempunyai rumah. Di situ, Dr. Whiters akan memeriksa kesihatan dan melayan mereka sama seperti pesakit lain yang mendapatkan rawatan di hospital.

Kini, sudah 23 tahun beliau mendedikasikan hidupnya untuk melakukan kebajikan tanpa mengira kepentingan diri sendiri. Luar biasa, doktor kepada empat orang anak ini telah merawat lebih 1,200 orang setiap tahun. Dan jika dikirakan sejak mula-mula berkhidmat memberikan rawatan percuma kepada golongan miskin pada tahun 1992, beliau telah mengubati lebih daripada 26,400 orang pesakit.

Berkat usahanya itu, Dr. Whiters telah menubuhkan Operation Safety Net, yang juga merupakan sebahagian dari Pittsburgh Mercy Health System. Menggagumkan hari ini, lebih dari 90 buah negara telah menerapkan hal serupa bagi membela nasib dan mengembangkan tahap kesihatan 'jalanan'.

Mulia sungguh hatinya. Moga keprihtinan, keikhlasan, kesungguhan dan kebaikan hati beliau menjadi inspirasi buat ramai doktor di dunia, terutamanya di Malaysia.





Dr. Jim Whiters. Doktor jalanan yang aku respek.





Selain bertugas sebagai doktor di hospital siang hari, malamnya Dr. Whiters sanggup bergelandangan semata-mata merawat para gelandangan.

Sumber: Majalah INFINITI, Isu 71.


:: Moga Tuhan menerima amal muliamu, doktor jalanan. Adakah bakal para intelektualis (mahasiswa pelbagai bidang) berfikir bagaimana mahu berkhidmat kepada marhaen tanpa apa-apa ganjaran dunia? Dan masih ada harapankah lagi untuk para intelektualis ini sedarkan diri dari bekerja kutip gaji buta dan seterusnya sanggup turun padang demi marhaen? Hanya masa menentukannya. ::