"Aku Diberi Amanah Maka Aku Wujud."



Menulis boleh membangkitkan semangat juang.
Menulis boleh meragut jiwa hingga menitis airmata.
Menulis boleh menggugat pemerintahan tirani.
Menulis boleh mengawal minda masyarakat.

Maka, menulis adalah kuasa.
Kuasa merubah dunia.

Monday 31 March 2014

~Kronologi Ideologi Tamadun Barat~

Melalui seorang yang pakar sejarah, alhamdulillah dapat input penting dan terbaru mengenai Tamadun Barat yang berkuasa di abad ini. Ada 3 zaman Tamadun Barat ini:

1) The Medieval Age.
    Di mana zaman ini mengalami kemerosotan teruk ekonomi. Golongan diraja menindas rakyat melalui tanah pusaka. Di mana golongan paderi Kristian menguasai segalanya. Kemajuan tamadun rendah & rakyat hanya tahu mematuhi arahan gereja & golongan diraja.

2) The Early Modern Age.
    Zaman ini berlaku permusuhan antara para pengkaji sains dan para gereja. Para pengkaji ini bangkit melalui penemuan2 sains yang bakal menguntungkan tamadun ini akan datang. Sekaligus membawa idea penerokaan sains atau yang digelar 'Science-isme' sebagai fahaman 'mencerahkan' setelah kecewa akan pembawaan Kristian oleh para paderi ketika itu. Dari 'Science-isme' itulah wujudnya ideologi2 yang memisahkan agama dan dunia seperti Sekularisme. Ideologi2 ini disebarkan kepada seluruh dunia sehingga ke Perang Dunia Kedua.

3) The Post Modern Age.
    Zaman ini adalah zaman yang sekarang. Zaman ini wujud akibat daripada kekecewaan dunia akan fahaman2 'Science-isme' ini setelah Perang Dunia Kedua. Disebabkan kekecewaan yang kuat akan agama dan fahaman sains ini, wujud fahaman yang bersikap kebebasan individu terhadap semua perkara, Liberalisme. Fahaman ini adalah fahaman 'pencerahan' yang baru menggantikan 'Science-isme'. Ia makin menular dalam kalangan masyarakat dunia.

Fahaman2 yang 'diciptakan' oleh Tamadun Barat jelas bahawa tamadun ini mengalami kecelaruan dalam mencari 'cahaya' untuk menerangkan kerohanian diri. Ia tidak sama sekali dengan Islam yang sudah semestinya agama monoteisme yang menerangkan dari Allah SWT. Sejak Tamadun Islam berada dalam zaman keemasan, Tamadun Barat berada dalam kemerosotan. Kalau tidak para ulama2 Tamadun Islam mengajar ilmu kepada tamadun ini, jelas Tamadun Barat masih mundur hingga sekarang.

Fahaman2 'pencerahan' ini wajiblah kita hapuskan dalam diri2 mereka yang sebati. Bukan 'menghapuskan' penganut2 ideologi 'pencerahan' ini, sebaliknya 'mencerahkan' mereka balik dengan mengemukakan bahawa Islam itu adalah agama Illahi yang MENERANGKAN.

Waallahu'alam.

Wednesday 26 March 2014

~The Traveler's History~

Manusia dan pengembaraan sememangnya tidak dapat dipisahkan jika kita memahami apakah erti sebenar pengembaraan. 

Pengembaraan adalah (mengikut definisi saya) sesuatu tindakan selanjutnya apabila telah hadir sifat ingin tahu seseorang untuk mengetahui secara langsung akan sesuatu kawasan atau tempat yang misteri baginya.

Pengembaraan yang dilakukan mestilah selari dengan matlamat sebenar untuk mencapai hala tuju kita. Tanpa matlamat sebenar, kita hanyalah seorang yang sesat ke hulu dan ke hilir mengelilingi dunia.

Mengenai sejarahnya, sejak Zaman Nabi Adam A.S lagi perbuatan ini wujud. Nabi Adam sendiri pun mengembara. Dari Gunung Everest (mengikut kesepakatan ulama) ke Jeddah, Tanah Arab semata-mata mahu bertemu semula dengan Hawa. 

Seterusnya kelakuan mengembara ini diteruskan oleh keturunan-keturunan dari anak-anak Nabi Adam A.S. Disebabkan khuatir akan kepesatan makhluk berakal iaitu manusia di Tanah Arab, sebilangan golongan mengembara jauh ke Utara (Jordan, Syam & Parsi), Barat (Afrika dan Eropah) dan Timur (Asia) bertujuan untuk mengembangkan keturunan mereka di serata dunia.

Hasil dari pengembaraan beberapa golongan anak-anak Nabi Adam A.S semata-mata mencari sumber kehidupan untuk kelangsungan keturunan mereka, kerajaan-kerajaan di dunia banyak ditubuhkan semenjak Zaman Nabi Idris A.S hingga ke Zaman Nabi Terakhir kita, Nabi Muhammad S.A.W. 

Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, mulanya penubuhan kerajaan-kerajaan Islam yang pernah memerintah 2/3 dunia. Zaman inilah zaman kemuncak kegemilangan Islam yang bertapak di BumiNya.

Selari dengan zaman kegemilangan Islam, misi pengembaraan tidak terhenti begitu sahaja. Pengembaraan kali ini bukannya mahu mengembangkan keturunan, pengembaraan kali ini berubah hanya mencari ilmu di luar kerajaan bagi ilmuan-ilmuan Islam.

Pengembara Islam pertama dunia pada ketika itu adalah Ibnu Battuta. Beliau mengembara dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan,Eropah Timur, Timur Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara, dan China selama hampir 30 tahun. Dari penjelajahan pertama beliau hinggalah para ilmuan lagi turut serta dalam pengembaraan di luar kerajaan.

Sehinggalah ke Zaman Pencerahan di Eropah, tujuan pengembaraan beralih ke misi memeta Peta Dunia untuk kerajaan di Eropah. Beberapa tokoh-tokoh pengembara yang masyhur ketika itu seperti Vasco da Gama, mengembara ke India melalui Tanjung Harapan, Afrika Selatan. Christopher Columbus yang menemui 'Dunia Baru' di Barat yakni Benua Amerika serta Magellan, mengembara keliling dunia.

Tiba di Zaman Penjelajahan, kerajaan-kerajaan Eropah menjadi kuasa besar dunia kemudian menakluk seluruh tanah di dunia untuk mengembangkan kuasa mereka. Ini sekali gus mengubah lagi tujuan pengembaraan sekali lagi. Misinya adalah menakluk kerajaan lain selain Eropah untuk pengembangan kuasa-kuasa dunia.

Berlalunya zaman penaklukan dari Perang Dunia II, tujuan pengembaraan berubah. Dari pengembaraan hinggalah kepadan penerokaan. Kali ini saintis-saintis dunia melakukan pengembaraan. Misi penerokaan ke kawasan-kawasan yang ekstrem seperti Kutub Utara, Antartika, pendakian gunung-gunung tertinggi dunia dan juga penerokaan gurun. Pengembaraan ini dilakukan hanyalah 'menghabiskan' pemetaan Peta Dunia selain melakukan kajian.

Sehingga kini, semakin ramai pengembara-pengembara tidak kita tempat dan umur mengembara serata dunia. Saintis pun turut terlibat dalam pengembaraan untuk tujuan kajian. Ada pengembara yang melawat tempat-tempat indah di sesebuah negara. Ada juga pengembara yang meneroka tempat-tempat ekstrem. Maka tujuan pengembaraan telah beralih sebagai suatu pekerjaan atau hobi kesukaan.

Malaysia tidak terkecuali. Semakin ramai pengembara-pengembara tempatan mengembara sama ada ke negeri-negeri hinggalah ke luar negara.

Inilah kronologi perhubungan manusia dengan pengembaraan.

Moga diri ini tercapai niat selanjutnya iaitu mengembara ke serata dunia. Itu pun jika ada kesempatan dariNya.

Siapa mahu ikut mengembara?
Mari!
Luaskan permandangan, 
Tingkatkan pengalaman.

"You are what you achieve for."