"Aku Diberi Amanah Maka Aku Wujud."



Menulis boleh membangkitkan semangat juang.
Menulis boleh meragut jiwa hingga menitis airmata.
Menulis boleh menggugat pemerintahan tirani.
Menulis boleh mengawal minda masyarakat.

Maka, menulis adalah kuasa.
Kuasa merubah dunia.

Sunday 29 November 2015

Harun Yahya: Suatu Pengenalan & Permasalahannya




Adnan Oktar, penulis yang menggunakan nama pena "Harun Yahya", adalah seorang pendakwah yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk berkongsi pandangan beliau terhadap kewujudan dan kesatuan Allah serta keindahan moral yang ditunjukkan oleh al-Quran, dengan orang lain. Bermula sejak alam universiti lagi, beliau telah meluahkan setiap detik dalam hidupnya, untuk merealisasikan hasrat ini dan tanpa pernah gentar menghadapi sebarang halangan. Hari ini, dia masih berdiri gagah menghadapi segala tekanan dan fitnah yang terpaksa dihadapinya dengan mempamerkan kesabaran dan kekuatan yang sama.

1.       Kisah Hidup Harun Yahya

1.1 Awal kehidupannya sehingga menjadi mahasiswa

Adnan Oktar telah dilahirkan pada 1956 di Ankara dan menghabiskan masanya di sana sehingga tamat pengajian menengahnya. Komitmen beliau terhadap Islam telah pun bermula sejak daripada sekolah menengah lagi. Dengan membaca berbagai-bagai buku agama pada masa itu, beliau telah mendalami Islam dengan lebih baik. Lebih daripada itu, beliau sendiri telah mencapai fakta yang penting dan berhasrat untuk berkongsi dengan masyarakat sekelilingnya. Pada 1979, Adnan Oktara telah berpindah ke Istanbul untuk memasuki Universiti Mimar Sinan. Pada masa tersebut, beliau telah pun memulakan misi untuk menyeru manusia kepada moral yang baik, memperjuangkan kebaikan dan menentang kejahatan.

Ketika Adnan Oktar memasuki Universiti Mimar Sinan, ia telah pun berada di bawah pengaruh beberapa organisasi haram Marxisme dan pemikiran berhaluan kiri telah menguasai universiti tersebut. Semua orang, samada ahli fakulti atau pelajar, telah menganuti pemikiran ateis. Tambahan pula, para pengajar telah menggunakan semua peluang yang ada untuk mempropagandakan falsafah materialisme dan Darwinisme di dalam syarahan mereka walau pun ia tidak berkaitan dengan tajuk yang diajarkan.

Di dalam persekitaran di mana setiap agama dan nilai-nilai moral sudah tidak dihormati dan telah ditolak mentah-mentah, Adnan Oktar mula menyeru masyarakat sekelilingnya kepada kesatuan dan kepercayaan kepada kewujudan Allah. Seperti yang telah diduga, di dalam keadaan seperti ini, Islam tidak diberikan peluang untuk membangun. Seperti yang dijelaskan oleh Mediha Oktar, bonda beliau, bahawa beliau hanya tidur beberapa jam setiap malam, dengan meluangkan masanya membaca, membuat nota-nota dan menyimpan fail-fail. Beliau telah membaca beratus-ratus buku, termasuk buku yang berkaitan dengan asas pemikiran Marxisme, komunisme dan materialism dan mengkaji buku-buku berkaitan dengan ideologi berhaluan kiri. Beliau mengkajinya, menandai bahagian-bahagian yang penting dan membuat catatan pada sebelah belakangnya. Beliau telah menjadi mahir dengan falsafah-falsafah dan ideologi-ideologi ini, malah lebih daripada penganjurnya sendiri. Beliau juga menjalankan kajian intensif terhadap teori evolusi, asas saintifik ideologi-ideologi ini, dan mengumpulkan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat berkaitan dengannya.

Dengan mengumpulkan maklumat-maklumat tentang kebuntuan, kontradiksi dan penipuan yang terdapat di dalam falsafah-falsafah dan ideologi-ideologi yang berasaskan kepada penolakan kepada Allah ini, tanpa membuang masa, Adnan Oktar telah menggunakannya untuk menyatakan kebenaran. Hampir kepada setiap orang, termasuk para penuntut dan pengajar universiti tersebut, beliau telah memberitahu mereka tentang kewujudan dan perpaduan Allah dan al-Quran, dengan berlandaskan sains. Di dalam setiap perbualannya samada di kantin sekolah, di koridor atau ketika waktu rehat, seseorang akan dapat melihat beliau memberikan penjelasan tentang kerosakan semula jadi falsafah materialisme dan Marxisme, berdasarkan kepada buku-buku rujukan ideologi mereka sendiri.

Beliau secara keseluruhannya telah menekankan kajian beliau terhadap Teori Evolusi. Teori ini yang dimajukan dengan menentang ciptaan di dalam berbagai segi, telah dianuti oleh sebahagian besar pelajar universiti. Dengan menggunakan sains, teori tersebut telah menyerang keimanan dan nilai-nilai moral para belia. Melainkan tujuan utama penipuan saintifik ini dibongkarkan, tidak dapat dielakkan, kekosongan nilai-nilai spiritual, moral dan agama akan terus meningkat.

Beliau menyiapkan sebuah risalan bertajuk "The Evolution Theory", yang merupakan ringkasan daripada penyelidikan dan kajian intensif beliau. Beliau sendiri menanggung semua kos risalah tersebut dengan menjualkan sebahagian daripada harta yang telah diwarisinya daripada keluarga. Kemudian, beliau mula menyebarkan naskhah percuma risalah ini kepada pelajar-pelajar universiti dan membincangkannya dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.

Bagaimana pun, pelajar-pelajar yang telah terpengaruh dengan pemikiran materialistik yang menyekat mereka daripada melihat reality yang sebenar, telah melahirkan keingkaran mereka secara terbuka. Sehingga sebahagian daripada mereka sanggup menyatakan: "Sekiranya saya melihat Allah dengan mata saya sendiri sekali pun, saya akan tetap memerangiNya". Lebih daripada itu, pelajar-pelajar yang ganas di universiti tersebut telah menggertaknya dengan menegaskan bahawa nyawanya akan terancam sekiranya beliau tidak menghentikan aktiviti-aktivitinya.

Adnan Oktar sering menghadiri kuliah dengan membawa bersamanya dokumen-dokumen sains dan fail-fail kajian dan mengadakan perbincangan dengan pensyarah berkaitan dengan falsafah materialism dan teori evolusi. Suatu hari selepas kuliah, seorang pensyarah meminta diadakan perbincangan yang efisien tentang kebuntuan teori evolusi dengan Adnan Oktar. Tetapi beliau tidak dapat memberikan penjelasan dan jawapan yang munasabah terhadap dokumen-dokumen sains dan penjelasan logik yang dikemukakan oleh Adnan Oktar. Apa yang dapat dilakukannya ialah meninggalkan tempat tersebut dengan segera. Bagaimana pun, apa yang paling meresahkan ekoran kekalahan tersebut ialah mata-mata pelajarnya yang sering membuatkannya tertekan. Lelaki ini yang sering kelihatan di koridor dan sering mengadakan perbincangan falsafah dengan pelajar-pelajarnya selepas kuliah, kini lari tergesa-gesa ke biliknya setiap kali selepas kuliah semata-mata untuk menghindarkan diri daripada Adnan Oktar.


Adnan Oktar berseorangan apabila beliau menyampaikan Islam di Universiti Mimar Sinan. Selama hampir tiga tahun, tiada sesiapa pun yang menerima pandangan beliau. Pada tahun-tahun inilah beliau memulakan penentangan terhadap Marxisme dan ateisme secara berseorangan, dan melakukan semuanya dengan ikhtiar sendiri. Mereka yang berkongsi pendapat dengannya dan menyokongnya dengan sepenuh hati tidak bersamanya pada masa itu.  Akhirnya pada tahun 1982, untuk pertama kalinya, beberapa orang belia yang baru memasuki Universiti Mimar Sinan, telah memilih untuk menyokong Adnan Oktar di dalam perjuangan ideologinya. Setelah berlalu bulan demi bulan dan tahun silih berganti, jumlah golongan muda yang menerima pandangannya telah meningkat. Keajaiban ciptaan Allah, kepalsuan fahaman Marxisme yang menjadi ideologi paling dominan waktu itu, merupakan topik-topik yang menjadi subjek perbincangan beliau dengan belia-belia ini. Impian utamanya adalah untuk membimbing mereka menjadi manusia yang amanah. Daripada 1982 hingga 1984, sekumpulan 20-30 orang belia telah dibentuk.

1.2 Pencapaian beliau sebagai pendakwah

Sebanyak 300 buah buku beliau terbitkan yang kebanyakannya berkonsepkan pembuktian sains sama ada membuktikan kewujudan Tuhan serta melawan Darwinisma dan ajaran Islam itu sendiri  iaitu Jangan Sekalipun Lupa, Keabadian Baru Bermula, Keajaiban Al-Quran, Keajaiban Ciptaan Allah, Keajaiban Saintifik Al-Quran, Keindahan Di Langit, Lebah Madu – Pembina Sarang yang Sempurna, Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan, Mari Kita Belajar Tentang Islam, Memerang – Pembina Empangan yang Mahir, Penipuan Evolusi, Relativiti Masa dan Hakikat Takdir, Semut – Dunia Sahabat Kecil Kita, Zaman Batu: Satu Pembohongan Sejarah, Zaman Kegelapan Islam & KetibaanEra Kebangkitan Islam, The Atlas of Creation, Kaum-Kaum yang Pupus dan sebagainya. Sekarang beliau menambahkan fokus tulisannya kepada isu akhir zaman isu konspirasi dan isu semasa dunia. Buku terbaru beliau adalah America’s Failure to Perceive the PKK.

Selain aktif menulis, beliau juga menubuhkan sebuah perkumpulan, seperti ‘jemaah Islam’ bersama rakan-rakan belianya iaitu Science Research Foundation (Yayasan Penyelidikan Sains) pada awal Januari 1990 untuk membolehkan mereka menjalankan perkhidmatan mereka di bawah nama sebuah institut dan menyampaikannya kepada masyarakat. Adnan Oktar telah dilantik sebagai Presiden Kehormat Yayasan. Yayasan tersebut menetapkan pelaksanaan beberapa aktiviti; ahli-ahli yayasan tersebut menerbitkan buku-buku dan menjalankan penyelidikan kebudayaan, menjalankan panel, diskusi dan persidangan untuk memelihara dan menghidupkan kembali nilai-nilai moral mengikut ajaran Islam. Beliau juga mempunyai rancangan TV-nya sendiri iaitu A9 TV, menjadi pengacara dan penyampai dalam perdebatan agama bersama para penganut lain dan ahli-ahli kumpulannya.




2.     Kontroversi-Kontroversi yang Melibatkan Harun Yahya dalam Menyebarkan ajaran Islam

1.1   Kontroversi terhadap masyarakat muslim Sunnah

Masalah ini adalah masalah paling utama hasil dari ketidakselesaan masyarakat muslim Sunnah terhadap cara Harun Yahya sebarkan ajaran Islam di negaranya sendiri. Punca kontroversi ini muncul adalah rancangan beliau, A9 TV yang menyediakan penyampaian dan perdebatan agama sesama ahli-ahli Yayasan Penyelidikan Sains.

Masyarakat yang tidak senang akan rancangan A9 TV adalah masyarakat sunni luar negara yang tidak memahami persekitaran dan sosiologi masyarakat sebenar di Turki. Yang tidak menyenangkan masyarakat ini apabila menonton rancangan milik Harun Yahya adalah ahli-ahlinya kebanyakkannya adalah wanita yang berkemungkinan bekerja sebagai model dengan penampilan yang seksi dan ahli lelaki pula tidak kelihatan seorang muslim dengan memakai tatu dan mempunyai status sebagai seorang lelaki berada. Dan apabila masa rehat dari penyampaian agama, Harun Yahya menyajikan lagu disco kepada ahlinya untuk berhibur.

Sudah tentu rancangan sebegini tidak menyenangkan dari penonton luar tidak berasal dari Turki terutamanya para muslim Sunnah. Semestinya mereka mempersoalkan tentang kerelevanan membuat perkara tidak berfaedah di samping berdakwah dan apakah efisiennya berdakwah dengan wanita seksi. Itulah permasalahan dri segi pandangan penonton luar Turki terhadapn A9 TV yang Harun Yahya hadapi walaupun suasana rancangan itu kesemua ahlinya fokus akan penyampaiannya dan beliau serta ahli lelaki tidak liar pun memandang ahli wanita yang seksi tanpa menutupi mana-mana aurat yang perlu.

Bagi aku, setelah melihat video rancangan tersebut, apa yang Harun Yahya usahakan adalah sesuatu yang melawan arus dalam penyebaran dakwahnya kepada masyarakat sunni dunia. Masyarakat di Turki semasa zaman beliau aktif menyebarkan ajaran Islam adalah masyarakat yang percaya pada pegangan sekular dan atheis. Walaupun adalah dalam kalangan masyarakat ini muslim, mereka cumalah muslim pada kepercayaan saja yang Tuhan itu wujud tetapi pengamalan mereka masih dalam merangkak. Tidak macam masyarakat muslim di Malaysia, walaupun tahu ajaran Islam itu benar, pengamalannya serba tahu tetapi sengaja memesongkan demi ikut aliran dunia semasa seperti yang mana kebanyakkan wanita muslimnya memperagakan tudung hanya fesyen semata saja dan muslim lelakinya hebat dengan hisapan vape-nya.
Maka, dengan suasana sosiologi masyarakat Turki sebegitu, Harun Yahya mesti melakukan sesuatu yang ‘ekstrem’ bagi menyebarkan ajaran agamanya. Asalkan memahamkan masyarakat terutamanya golongan belia akan kewujudan Tuhan melalui alam sudah cukup baik baginya. Dengan penubuhan yayasan dan rancangan sajalah laluan utama untuk beliau melaksanakan misi dakwahnya biarpun selit dengan hiburan dunia, tidak kira siapakah golongan belia itu.

1.2   Kontroversi terhadap pertubuhan rahsia Freemason

Kontroversi ini adalah kedua popular selepas rancangan A9 TV milik beliau. Dalam rancangan itu, beliau diberitakan bahawa dia dilantik oleh Freemason sebagai ahli Freemason berpangkat 33rd Degree Grandmaster (pangkat tertinggi Freemason) kerana keilmuannya dan beliau menerimanya dengan hati terbuka. Dan Harun Yahya pernah berkata beliau tidak langsung mengikuti pertubuhan sulit itu dan tiada sumpah berdarah untuk taat setia kepada pertubuhan itu. Dengan lantikan sebagai Grandmaster, beliau sah menjadi ahli Freemason.

Timbul kemusykilan, mengapa Freemason beriya-iya memberikan pangkat paling tinggi kepada seseorang yang bukan ahlinya dan mengapa Harun Yahya menerimanya tanpa ragu-ragu walaupun dia sendiri anti-Freemason?

Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, Freemason mesti difahami secara jelas dan nyata. Freemason adalah perkumpulan kaum Yahudi yang mempunyai kelas tertinggi seperti ahli korporat, akademis, saintis, jutawan, ahli perniagaan, ahli politik malah artis pun termasuk dalam kriteria menjadi ahli Freemason. Tujuan utamanya adalah sebagai perkumpulan kaum Yahudi kelas atasan untuk mencapai cita-cita Yahudi Zionis itu sendiri. Kemudian, peranan Freemason di abad ke-20 dan 21 diubah kepada suatu organisasi kebajikan yang berdaftar (tujuan asal masih dikekalkan secara rahsia). Maka, penglibatan ahli Freemason bebas selain kaum Yahudi asalkan mempunyai kelas atasan.

Untuk menjadi ahli Freemason, selain mempunyai kelas atasan dan jawatan serta kejayaan yang tinggi, dia mesti mengangkat sumpah berdarah untuk taat setia kepada Freemason tanpa banyak soal. Untuk memastikan taat setia itu kukuh, ritual menyambut ahli baru secara satanic mesti dilakukan. Tetapi dalam kes Harun Yahya, beliau sendiri ditemui oleh Freemason dan menerima anugerah Grandmaster lagi kepadanya tanpa melalui proses menjadi ahli baru.

Bagi Harun Yahya pula, beliau mengecam penubuhan Freemason sendiri yang penuh agenda sulit bagi menjayakan misi Zionis. Beliau mengetahui apa yang berlaku di universiti beliau belajar dan masyarakatnya sebenarnya berpunca dari Freemason di Turki sendiri. Maka beliau memberikan tumpuan lebih atas pengkajian terhadap Freemason kemudian berjaya menerbitkan buku pembongkarannya pada 1986 iaitu Judaism and Freemasonary sebagai langkah pertama untuk masyarakatnya mengenali lebih baik tentang Freemason.

Freemason tidak senang atas perbuatan Harun Yahya kemudian mengambil keputusan untuk hentikan percetakan buku ‘haram’ tersebut. Cara pertama, memberi imbuhan yang kayakan kehidupannyan melalui orang tengah, gagal. Cara, kedua, mengertak beliau supaya menghentikan percetakan buku itu, gagal. Akhirnya Freemason menggunakan cara ketiga, iaitu memperalatkanmedia massa untuk mengaibkan Harun Yahya sehingga beliau ditangkap polis atas kesalahan beliau tidak mengerti, iaitu menghina kerajaan.

Kemudian beliau telah dipindahkan ke Hospital Sakit Jiwa Barkirkoy dan ditempatkan di bawah pemerhatian dengan alasan dia menghadapi tekanan jiwa. Di hospital tersebut, beliau telah ditempatkan di wad 14A, sebuah bahagian khas yang hanya menempatkan pesakit-pesakit yang bahaya dan kebal daripada sebarang hukuman. Memandangkan pembunuhan merupakan perkara biasa di situ, maka mereka berharap agar Adnan Oktar akan dibunuh. Untuk beberapa lama, beliau telah dirantai di sebuah katil dan telah didedahkan kepada keganasan. Secara paksa, dia juga telah diberikan dadah yang menjejaskan kesedaran beliau. Harun Yahya telah berada di penjara dan hospital sakit jiwa selama 19 bulan dan kemudian telah dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah memandangkan kenyataan beliau didapati tidak membahayakan. Selepas dibebaskan, beliau mendapati jumlah golongan muda yang menyokongnya telah bertambah dengan begitu drastik. Setelah dibebaskan pada 1988, beliau makin giat menyebarkan ajaran Islamnya dan Freemason tidak berputus asa lagi untuk menyekat mana-mana aktiviti Harun Yahya.

Itulah konflik yang berlaku antara Harun Yahya dengan Freemason. Ada yang menyatakan disebabkan hospital sakit mental Harun Yahya makin ‘pelik’ dalam menyebarkan ajaran agama. Sekarang, di abad ini Freemason tiba-tiba datang melakukan ‘diplomasi’ dengan hadiah pangkat kebesaran mereka. Mungkin ini antara teknik terbaru untuk memerhati Harun Yahya dengan jauh supaya beliau tidak melakukan hal yang mengaibkan pertubuhan itu. Dan mengapa beliau menerima pangkat tersebut beliau jelaskan bahawa ini peluang terbaik baginya untuk menyebarkan ajaran Islam dalam kalanngan ahli Freemason. Memang mengaibkan jika para muslim mengikuti pertubuhan rahsia yang penuh dengan unsur-unsur Zionis dalamnya, tetapi apa yang aku dapat fikirkan, Freemason penat akan kedegilan Harun Yahya dan kemudian ‘senyapkan’nya dengan mempelawa sebagai ahli Freemason yang berpengaruh, serta Harun Yahya menerimanya, untuk agamanya beliau anuti.

1.3   Kontroversi terhadap agamawan

Masalah ketiga ini tidaklah begitu ketara sebab hampir semua agamawan dunia menerima pemikiran Harun Yahya tentang penyelewengan ajaran Darwinisma. Antara agamawan yang menyanjung hasil kerja Harun Yahya adalah Sheikh Yusuf Estes. Sheikh Yusuf telah mengislamkan dua orang atheis hanya bersumberkan buku Penipuan Evolusi tulisan Harun Yahya dan menganggap Harun Yahya adalah pembawa ajaran Islam sebenar seperti mana Nabi Muhammad SAW bawakan kepada masyarakat.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis, pernah mengikuti rancangan Harun Yahya. Beliau memuji atas penyampaian tersebut dan telah berbual dengan salah satu ahli Yayasan Penyelidikan Sains. Ahli itu berkata dengan yakin bahawa Iman Mahdi dan Nabi Isa AS akan datang 10 tahun atau ke atas kemudian. Harun Yahya juga mengesahkan tentang ini apabila para Freemason Turki menyatakan bahawa Imam Mahdi akan datang dalam temu bual di A9 TV.

Kenyataan ini tidak disenangi oleh agamawan yang arif tentang ilmu akhir zaman yang popular, Sheikh Imran Hossein. Beliau menafikan sekeras-kerasnya akan kenyataan Harun Yahya kerana secara kronologinya menurut kajiannya adalah Dajjal akan turun dahulu setelah habis tempoh kiamat kecil. Barulah hadirnya Imam Mahdi untuk menyelamatkan umat manusia daripada kekuasaan Dajjal. Kronologi ini yang Sheikh Imran tegaskan.

Bagi aku, apa yang Harun Yahya katakana amat pelik untuk dibuktikan kebenarannya kerana kajian terhadap akhir zaman cuma awing-awangan saja. Walau Sheikh Imran telah memberitakan tentang kronologi akhir zaman hingga ke Hari Kiamat, sukar untuk dibuktikan kerana kita tiada kuasa untuk mengetahui jelas akan masa depan manusia dan alam semesta ini. Jadi, hujah Harun Yahya boleh dipatahkan jika beliau tidak menunjukkan bukti kajiannya. Mungkin juga demi menjaga hati Freemason supaya beliau tidak diseksa lagi, hujah pelik ini jugalah beliau terpaksa terima dan angkat.


Kesimpulannya, Harun Yahya/Adnan Oktar adalah pendakwah Islam yang sentiasa melawan arus takdir masyarakat muslim dunia. Beliau sanggup melakukan kerja dakwah yang mengejutkan semata-mata memahamkan masyarakat yng sekular dan atheis tentang kewujudan Tuhan. Biarpun dikutuk dan dimaki masyarakat dunia, beliau tetap teruskan kerana beliau tahu apa masyarakat tanah airnya perlukan. Masalah-masalah yang beliau hadapi sebenarnya hasil dari tindakannya yang sentiasa radikal dalam dakwahnya. Beliau tidak kisah, dituduh sebagai pendakwah sekular, atau nyanyuk kerana menjadi ahli Freemason, atau lemah pegang prinsipnya sebagai anti-Freemason, semua gelaran itu beliau ketepikan. Apa yang beliau pasti, sebarkan ajaran Islam sehingga hujung hayat adalah cita-cita mulianya, sebagai manusia milik Tuhan.





Sunday 1 November 2015

Siri Bedah Video Games: Half-Life (2) - Kepopulariti Industri Filem Barat & Konspirasi Penculikan UFO




Kepada para pembaca blog, terima kasih kerana setia menunggu sambungan siri seterusnya. Jujur aku seperti kalian, banyak perkara yang wajib difokuskan untuk meneruskan kehidupan di dunia fana ini. Memegang jawatan penting, bertungkus lumus menjayakan perniagaan, melaksanakan kerja kursus yang bertimbung sehinggalah ke mendidik generasi muda, itu biasa. Biasa bagi kita yang berperanan sebagai manusia. Manusia yang hidup penuh pengharapan, semata menuju ke cahaya abadi yang manusia tidak tahu itulah jalan menuju ke Tuhannya.

Ok! Cukup sudah aku berfalsafah hidup. Fokus pada pembentangan bersiri permainan video ini. Pada mulanya aku pernah bentangkan permainan video Half-Life untuk siri ke pertamanya. Sila rujuk Siri Bedah Video Games: Half-Life (1) kalau kau mahu kasi refresh balik pasal ini.

Entri lepas aku cuma dapat bentangkan satu perkara yang tersirat dalam pembedahan Half-Life ini, iaitu kewujudan makmal fasiliti rahsia. Memang panjang menjela-jelalah aku bentangkan satu perkara ini. Setelah aku korek-korek balik apa yang aku boleh bongkarkan dalam video games yang lagenda dan penuh kegilaan para gamers, maka aku dapatlah menyenaraikan dua perkara penting seterusnya yang disembunyikan dan dibutakan umum untuk memikirkan penyampaian tersiratnya, iaitu:

1. Kewujudan makmal fasiliti rahsia (sudah bentang)
2. Invasi makhluk asing: Populariti industri filem Barat & konspirasi fenomena UFO
3. Autoriti kerajaan dalam perkembangan sains dan teknologi dunia

Pertama, invasi makhluk asing dan perkaitannya populariti industri filem Barat & konspirasi fenomena UFO.

Sepatutnya aku highlight-kan awal-awal bahawa perkara inilah kunci utama bagi pencipta video games ini sampaikan mesejnya tetapi masa aku menaip entri siri pertama itu aku hanya dapat fikirkan tentang kewujudan 'mistik' makmal fasiliti rahsia. Jadi aku terus taipkan sajalah perkara tersebut. Tapi jangan risau walaupun aku meng-awal-kan perkara makmal tersebut aku tetap bersyukur kerana apa aku taipkan itu dapat membuka mata kamu semua untuk memahami pengisian sebenar video games ini.

Baik. Pasal invasi makhluk asing yang menjadi konflik dan klimaks penceritaannya dalam Half-Life dan episod seterusnya, aku tertarik akan konsep 'penyatuan' elemen-elemen antagonis dalam setiap watak yang watak utama, Gordon Freeman (perlu ingat watak ini gamer pegang untuk melaksanakan jalan cerita) hadapi. Mulanya konsep 'zombie' yang menjadi budaya seram popular masyarakat Barat ditanam di permulaan kisah setelah kerosakan makmal yang Gordon uruskan oleh fenomena pelik 'resonance cascade' (rujuk balik entri siri lepas). 

Makhluk invasi pertama yang diteleportasikan ke Bumi adalah Headcrab. Makhluk asing primitif yang bertubuh badan bujur keputihan seperti ketam berkaki empat. Dua kaki hadapannya panjang dari kaki belakangnya dan berfungsi untuk serangan mencakar serta dua kaki belakangnya walaupun pendek tetapi otot kakinya kuat dalam upaya melompat. Tiada deria penglihatan dan cuma mempunyai rahang yang besar meluas di bahagian bawah tubuh.

Rupa Headcrab. Makhluk invasi pertama.

Bahagian bawah tubuh Headcrab. Mempunyai rahang yang cukup luas.


Walaupun headcrab ini bertubuh kecil, hanya beberapa das peluru pistol saja dilepaskan untuk membunuhnya, jangan main-main akan serangannya. Silap langkah makhluk ini akan melompat hinggap di kepala dan menelannya dengan rahang luasnya. Rahangnya itu akan memamah sel-sel otak mangsanya terutamanya manusia dan menjadi parasit kekal. Tetapi parasit ini mampu mengawal tubuh badan perumahnya (manusia) dengan mengambil alih sistem saraf sehingga perumah tersebut bertindak seperti zombie di bawah kawalan headcrab. Maka, zombie tersebut bergelar Headcrab zombie. Aku simpulkan, headcrab ini adalah vampire kecil yang psikik.

Pelbagai jenis headcrab zombie. Headcrab mampu mengawal tubuh badan manusia hanya mengantikan otak kepada Headcrab yang menelan kepala.


Watak musuh berupa zombie dalam kawalan makhluk kecil ketika invasi makhluk asing, yang menjadi musuh tradisi Gordon Freeman selepas para tentera bawah kawalan kerajaan, adalah idea yang gempak pernah pencipta permainan video ciptakan dalam merealisasikan permainan video berkonsepkan science fiction first-person shooter. Peranan sebagai parasit makhluk asing bukanlah khayalan sains saja. Pernah para saintis angkasa mengemukakan teori bahawa segala penyakit berbahaya yang pernah mengegarkan dunia seperti SARS, H1N1 dan sebagainya yang menimpa populasi manusia dunia disebabkan oleh penyebaran bakteria, virus atau parasit yang tidak berasal dari Bumi, senang cerita makhluk asing mikro melalui hentakan meteor. Namun, setelah diteliti teori ini, ia terbatal sama sekali kerana suhu meteor yang menghempap Bumi mampu membuatkan makhluk asing mikro yang hinggap tidak akan survive lebih lama. Itu kunci pertama yang kecil aku sampaikan.

Mengenai unsur zombie, mengapa unsur seram yang popular ini dimasukkan dalam permainan video science fiction? Zombie cumalah watak makhluk mitos seram dalam kebudyaan Barat dan tidak ada kena mengena dengan makhluk asing yang sentiasa singgah di Bumi secara senyap. Mengapa perlu dicampur-adukkan unusr mitos popular dengan unsur sicence fiction? 

Dan juga invasi makhluk asing yang menjadi plot klimaks dan konflik dalam menyedapkan jalan cerita Half-Life ini. Mengapa letakkan invasi makhluk asing? Mengapa tidak meletakkan peristiwa Perang Dunia Pertama atau Kedua sebagai plot penting? Kan senang ambil saja peristiwa tersebut dalam permainan video first-person shooter. Tidak perlu lagi perah otak khayalkan peristiwa invasi yang penuh ketidak-relevan logika sains. Tapi tetap pencipta Half-Life mengambil konsep invasi makhluk asing untuk merealisasikan impiannya. Mengapa perlu dilakukan sedemikian?

Dalam dunia perfileman Barat, wayang berunsurkan zombie seram sentiasa mendapat tempat pertama bagi peminat cerita seram seluruh dunia. Tidak kisah filem zombie seram tempatan atau antarabangsa, penonton tetap tidak bosan menghayati filem yang penuh kejutan epik dengan 'serangan' zombie yang gerakannya perlahan dan berbahaya. Disebabkan fenomena popular inilah pihak Valve Corporation (pencipta Half-Life) sengaja memasukkan unsur seram dengan memasukkan watak zombie dalam Half-Life supaya kepopulariti permainan video ini selari dengan kepopulariti filem zombie seram.

Penerapan unsur zombie saja tidak cukup. Takut akan tenggelamnya permainaan video first-person shooter yang pertama oleh kepopulariti filem zombie seram, pencipta Half-Life mesti memasukkan unsur yang pernah menggegarkan dunia, unsur yang mengesankan setiap hidup manusia, iaitu invasi makhluk asing.

Filem berunsurkan invasi makhluk asing dan seangkatan dengannya, kepopularitinya mencapai kemuncaknya mengalahkan filem-filem lain terutamanya filem zombie seram dalam perindustrian perfileman Barat pada 1990-an. Antara filem yang popular pada waktu tersebut adalah Alien: Resurrection (1997), Star Trek: First Contact  (1996), Independence Day  (1996), Men In Black  (1997) dan lain-lain lagi yang gempak pada era 1990-an. Selain itu, pada era 1990-an juga popular dengan konspirasi tentang peculikan oleh makhluk asing UFO kerana banyak kes sebegitu berlaku terhadap mangsa peculikan UFO pada waktu itu. Contoh peristiwa yang pernah dicatat adalah 'serangan' UFO di Victoria, Australia pada Ogos 1993 di mana Kelly Cahill, suaminya dan tiga orang anaknya telah disahkan 'diculik' oleh makhluk asing apabila dalam perjalanan pulang dari rumah sahabat Kelly, melihat objek bulat leper yang pelik di angkasa kemudian berada di ruangan kosong tanpa apa-apa. Cerita lanjut sila baca UFO menculik Kelly sekeluarga. Lain contoh sila baca Kes-kes Peculikan UFO. Benar atau tidak kes-kes yang disampaikan oleh mangsa-mangsa peculikan UFO, pihak kerajaan langsung tidak mengambil langkah serius akan kes ini. Cuma beranggapan mangsa-mangsa ini berada dalam khayalan yang kononnya realiti dalam pandangan mereka. Kerajaan tak pernah ambil peduli pun! Yang ada menyimpan data-data kes ini pun para UFOlogis (pengkaji UFO) saja yang simpan. Kalau kau tak percaya cukup saja kau tengok di YouTube. Berlambak dokumentari pasal UFO. Lepas tu terpulanglah kepada kau mahu percaya atau tidak.

Dalam 1990-an juga hangat dengan konspirasi kaitan USA dengan penculikan UFO. Aku pernah bentang akan penglibatan USA tersebut di siri yang lepas dan kalau kau mahu tahu lebih mendalam pasal konspirasi ini kau baca Conspiracy Films: A Tour of Dark Places in the American Conscious karya Barna William Donovan. Dia memang kaiktkan USA, penculikan UFO dan filem-filem makhluk asing pada 1990-an.

Di sinilah, kepopulariti filem-filem Barat dan konspirasi UFO pada 1990-an, Valve Corporation mengambil peluang penting untuk menerapkan unsur invasi makhluk asing dan zombie seram sebagai 'perasa'nya, hinggakan kedua-dua unsur ini bergabung menjadi kombinasi hebat dalam sejarah pembikinan permainan video. Tidak hairanlah Half-life mendapat anugerah tertinggi seperti PC Game of The Year. Ini yang aku dapat simpulkan.



Sambung perkara seterusnya adalah autoriti kerajaan dalam perkembangan sains dan teknologi dunia. Perkara yang tersirat dalam Half-Life. Ada empat pengisian penting untuk aku huraikan apa pengisian dalam permainan video ini, iaitu:

1. Pengkajian batu angkasa yang mempunyai elemen asing yang tiada di Bumi.
2. Pengkajian sistem teleportasi.
3. Penciptaan senjata eksperimental.
4. Penggunaan para tentera oleh kerajaan untuk 'menutup' sebarang masalah dalam makmal fasiliti rahsia.

Keempat-empat pengisian dalam tajuk 'autoriti kerajaan dalam perkembangan sains dan teknologi dunia' aku sambung di entri seterusnya. Sebab perlukan huraian panjang pasal inilah aku kena skip dulu. Nah, hadiah untuk kau kalau mahu tahu cerita full Half-Life: Source - Full Walkthrough in HD

Itu saja. Jumpa di entri akan datang!