"Aku Diberi Amanah Maka Aku Wujud."



Menulis boleh membangkitkan semangat juang.
Menulis boleh meragut jiwa hingga menitis airmata.
Menulis boleh menggugat pemerintahan tirani.
Menulis boleh mengawal minda masyarakat.

Maka, menulis adalah kuasa.
Kuasa merubah dunia.

Sunday 1 November 2015

Siri Bedah Video Games: Half-Life (2) - Kepopulariti Industri Filem Barat & Konspirasi Penculikan UFO




Kepada para pembaca blog, terima kasih kerana setia menunggu sambungan siri seterusnya. Jujur aku seperti kalian, banyak perkara yang wajib difokuskan untuk meneruskan kehidupan di dunia fana ini. Memegang jawatan penting, bertungkus lumus menjayakan perniagaan, melaksanakan kerja kursus yang bertimbung sehinggalah ke mendidik generasi muda, itu biasa. Biasa bagi kita yang berperanan sebagai manusia. Manusia yang hidup penuh pengharapan, semata menuju ke cahaya abadi yang manusia tidak tahu itulah jalan menuju ke Tuhannya.

Ok! Cukup sudah aku berfalsafah hidup. Fokus pada pembentangan bersiri permainan video ini. Pada mulanya aku pernah bentangkan permainan video Half-Life untuk siri ke pertamanya. Sila rujuk Siri Bedah Video Games: Half-Life (1) kalau kau mahu kasi refresh balik pasal ini.

Entri lepas aku cuma dapat bentangkan satu perkara yang tersirat dalam pembedahan Half-Life ini, iaitu kewujudan makmal fasiliti rahsia. Memang panjang menjela-jelalah aku bentangkan satu perkara ini. Setelah aku korek-korek balik apa yang aku boleh bongkarkan dalam video games yang lagenda dan penuh kegilaan para gamers, maka aku dapatlah menyenaraikan dua perkara penting seterusnya yang disembunyikan dan dibutakan umum untuk memikirkan penyampaian tersiratnya, iaitu:

1. Kewujudan makmal fasiliti rahsia (sudah bentang)
2. Invasi makhluk asing: Populariti industri filem Barat & konspirasi fenomena UFO
3. Autoriti kerajaan dalam perkembangan sains dan teknologi dunia

Pertama, invasi makhluk asing dan perkaitannya populariti industri filem Barat & konspirasi fenomena UFO.

Sepatutnya aku highlight-kan awal-awal bahawa perkara inilah kunci utama bagi pencipta video games ini sampaikan mesejnya tetapi masa aku menaip entri siri pertama itu aku hanya dapat fikirkan tentang kewujudan 'mistik' makmal fasiliti rahsia. Jadi aku terus taipkan sajalah perkara tersebut. Tapi jangan risau walaupun aku meng-awal-kan perkara makmal tersebut aku tetap bersyukur kerana apa aku taipkan itu dapat membuka mata kamu semua untuk memahami pengisian sebenar video games ini.

Baik. Pasal invasi makhluk asing yang menjadi konflik dan klimaks penceritaannya dalam Half-Life dan episod seterusnya, aku tertarik akan konsep 'penyatuan' elemen-elemen antagonis dalam setiap watak yang watak utama, Gordon Freeman (perlu ingat watak ini gamer pegang untuk melaksanakan jalan cerita) hadapi. Mulanya konsep 'zombie' yang menjadi budaya seram popular masyarakat Barat ditanam di permulaan kisah setelah kerosakan makmal yang Gordon uruskan oleh fenomena pelik 'resonance cascade' (rujuk balik entri siri lepas). 

Makhluk invasi pertama yang diteleportasikan ke Bumi adalah Headcrab. Makhluk asing primitif yang bertubuh badan bujur keputihan seperti ketam berkaki empat. Dua kaki hadapannya panjang dari kaki belakangnya dan berfungsi untuk serangan mencakar serta dua kaki belakangnya walaupun pendek tetapi otot kakinya kuat dalam upaya melompat. Tiada deria penglihatan dan cuma mempunyai rahang yang besar meluas di bahagian bawah tubuh.

Rupa Headcrab. Makhluk invasi pertama.

Bahagian bawah tubuh Headcrab. Mempunyai rahang yang cukup luas.


Walaupun headcrab ini bertubuh kecil, hanya beberapa das peluru pistol saja dilepaskan untuk membunuhnya, jangan main-main akan serangannya. Silap langkah makhluk ini akan melompat hinggap di kepala dan menelannya dengan rahang luasnya. Rahangnya itu akan memamah sel-sel otak mangsanya terutamanya manusia dan menjadi parasit kekal. Tetapi parasit ini mampu mengawal tubuh badan perumahnya (manusia) dengan mengambil alih sistem saraf sehingga perumah tersebut bertindak seperti zombie di bawah kawalan headcrab. Maka, zombie tersebut bergelar Headcrab zombie. Aku simpulkan, headcrab ini adalah vampire kecil yang psikik.

Pelbagai jenis headcrab zombie. Headcrab mampu mengawal tubuh badan manusia hanya mengantikan otak kepada Headcrab yang menelan kepala.


Watak musuh berupa zombie dalam kawalan makhluk kecil ketika invasi makhluk asing, yang menjadi musuh tradisi Gordon Freeman selepas para tentera bawah kawalan kerajaan, adalah idea yang gempak pernah pencipta permainan video ciptakan dalam merealisasikan permainan video berkonsepkan science fiction first-person shooter. Peranan sebagai parasit makhluk asing bukanlah khayalan sains saja. Pernah para saintis angkasa mengemukakan teori bahawa segala penyakit berbahaya yang pernah mengegarkan dunia seperti SARS, H1N1 dan sebagainya yang menimpa populasi manusia dunia disebabkan oleh penyebaran bakteria, virus atau parasit yang tidak berasal dari Bumi, senang cerita makhluk asing mikro melalui hentakan meteor. Namun, setelah diteliti teori ini, ia terbatal sama sekali kerana suhu meteor yang menghempap Bumi mampu membuatkan makhluk asing mikro yang hinggap tidak akan survive lebih lama. Itu kunci pertama yang kecil aku sampaikan.

Mengenai unsur zombie, mengapa unsur seram yang popular ini dimasukkan dalam permainan video science fiction? Zombie cumalah watak makhluk mitos seram dalam kebudyaan Barat dan tidak ada kena mengena dengan makhluk asing yang sentiasa singgah di Bumi secara senyap. Mengapa perlu dicampur-adukkan unusr mitos popular dengan unsur sicence fiction? 

Dan juga invasi makhluk asing yang menjadi plot klimaks dan konflik dalam menyedapkan jalan cerita Half-Life ini. Mengapa letakkan invasi makhluk asing? Mengapa tidak meletakkan peristiwa Perang Dunia Pertama atau Kedua sebagai plot penting? Kan senang ambil saja peristiwa tersebut dalam permainan video first-person shooter. Tidak perlu lagi perah otak khayalkan peristiwa invasi yang penuh ketidak-relevan logika sains. Tapi tetap pencipta Half-Life mengambil konsep invasi makhluk asing untuk merealisasikan impiannya. Mengapa perlu dilakukan sedemikian?

Dalam dunia perfileman Barat, wayang berunsurkan zombie seram sentiasa mendapat tempat pertama bagi peminat cerita seram seluruh dunia. Tidak kisah filem zombie seram tempatan atau antarabangsa, penonton tetap tidak bosan menghayati filem yang penuh kejutan epik dengan 'serangan' zombie yang gerakannya perlahan dan berbahaya. Disebabkan fenomena popular inilah pihak Valve Corporation (pencipta Half-Life) sengaja memasukkan unsur seram dengan memasukkan watak zombie dalam Half-Life supaya kepopulariti permainan video ini selari dengan kepopulariti filem zombie seram.

Penerapan unsur zombie saja tidak cukup. Takut akan tenggelamnya permainaan video first-person shooter yang pertama oleh kepopulariti filem zombie seram, pencipta Half-Life mesti memasukkan unsur yang pernah menggegarkan dunia, unsur yang mengesankan setiap hidup manusia, iaitu invasi makhluk asing.

Filem berunsurkan invasi makhluk asing dan seangkatan dengannya, kepopularitinya mencapai kemuncaknya mengalahkan filem-filem lain terutamanya filem zombie seram dalam perindustrian perfileman Barat pada 1990-an. Antara filem yang popular pada waktu tersebut adalah Alien: Resurrection (1997), Star Trek: First Contact  (1996), Independence Day  (1996), Men In Black  (1997) dan lain-lain lagi yang gempak pada era 1990-an. Selain itu, pada era 1990-an juga popular dengan konspirasi tentang peculikan oleh makhluk asing UFO kerana banyak kes sebegitu berlaku terhadap mangsa peculikan UFO pada waktu itu. Contoh peristiwa yang pernah dicatat adalah 'serangan' UFO di Victoria, Australia pada Ogos 1993 di mana Kelly Cahill, suaminya dan tiga orang anaknya telah disahkan 'diculik' oleh makhluk asing apabila dalam perjalanan pulang dari rumah sahabat Kelly, melihat objek bulat leper yang pelik di angkasa kemudian berada di ruangan kosong tanpa apa-apa. Cerita lanjut sila baca UFO menculik Kelly sekeluarga. Lain contoh sila baca Kes-kes Peculikan UFO. Benar atau tidak kes-kes yang disampaikan oleh mangsa-mangsa peculikan UFO, pihak kerajaan langsung tidak mengambil langkah serius akan kes ini. Cuma beranggapan mangsa-mangsa ini berada dalam khayalan yang kononnya realiti dalam pandangan mereka. Kerajaan tak pernah ambil peduli pun! Yang ada menyimpan data-data kes ini pun para UFOlogis (pengkaji UFO) saja yang simpan. Kalau kau tak percaya cukup saja kau tengok di YouTube. Berlambak dokumentari pasal UFO. Lepas tu terpulanglah kepada kau mahu percaya atau tidak.

Dalam 1990-an juga hangat dengan konspirasi kaitan USA dengan penculikan UFO. Aku pernah bentang akan penglibatan USA tersebut di siri yang lepas dan kalau kau mahu tahu lebih mendalam pasal konspirasi ini kau baca Conspiracy Films: A Tour of Dark Places in the American Conscious karya Barna William Donovan. Dia memang kaiktkan USA, penculikan UFO dan filem-filem makhluk asing pada 1990-an.

Di sinilah, kepopulariti filem-filem Barat dan konspirasi UFO pada 1990-an, Valve Corporation mengambil peluang penting untuk menerapkan unsur invasi makhluk asing dan zombie seram sebagai 'perasa'nya, hinggakan kedua-dua unsur ini bergabung menjadi kombinasi hebat dalam sejarah pembikinan permainan video. Tidak hairanlah Half-life mendapat anugerah tertinggi seperti PC Game of The Year. Ini yang aku dapat simpulkan.



Sambung perkara seterusnya adalah autoriti kerajaan dalam perkembangan sains dan teknologi dunia. Perkara yang tersirat dalam Half-Life. Ada empat pengisian penting untuk aku huraikan apa pengisian dalam permainan video ini, iaitu:

1. Pengkajian batu angkasa yang mempunyai elemen asing yang tiada di Bumi.
2. Pengkajian sistem teleportasi.
3. Penciptaan senjata eksperimental.
4. Penggunaan para tentera oleh kerajaan untuk 'menutup' sebarang masalah dalam makmal fasiliti rahsia.

Keempat-empat pengisian dalam tajuk 'autoriti kerajaan dalam perkembangan sains dan teknologi dunia' aku sambung di entri seterusnya. Sebab perlukan huraian panjang pasal inilah aku kena skip dulu. Nah, hadiah untuk kau kalau mahu tahu cerita full Half-Life: Source - Full Walkthrough in HD

Itu saja. Jumpa di entri akan datang!

No comments:

Post a Comment