"Aku Diberi Amanah Maka Aku Wujud."



Menulis boleh membangkitkan semangat juang.
Menulis boleh meragut jiwa hingga menitis airmata.
Menulis boleh menggugat pemerintahan tirani.
Menulis boleh mengawal minda masyarakat.

Maka, menulis adalah kuasa.
Kuasa merubah dunia.

Wednesday 29 May 2013

Cerpen: BERSAMA KE JANNAH (Bahagian 1)

Berada di bilik kerja persendirian, terlihat kehadiran seorang ahli mikrologi sedang duduk bersandar di kerusi empuknya. Ahli mikrologi itu bernama Muhammad Aiman Salahuddin. Gayanya seperti membayangkan sesuatu. Tak menghiraukan kertas kerja yang berlambakkan di atas meja kacanya itu. 

Ya. Memang dia membayangkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia imbau kembali kisah dulunya.

“Assalamualaikum, Dr. Aiman.” Sapa seseorang di luar pintu.

“Waalaikumsalam.” Terus sedar dari lamunannya.

“Amboi~ Termenung jauh nampak. Fikirkan calon ke?” Tanya lelaki itu dengan nada gurau.

“Aish engkau ni! Sembarangan~ Nak fikir jauh kena larang.” Aiman menjelir lidahnya.

Sahabat sekerjanya ketawa akan reaksi Aiman itu. Dia bernama Alif Mahfuz. Kerja sebidang dengan Aiman. Apabila ada kerja kursus yang hendak dilaksanakan, mereka berdualah yang sentiasa bersama-sama melakukan aktiviti sebegitu.

“Simpanlah perangai kebudak-budakkanmu itu. Laporan itu dah kau siapkan?”

“Astaghfirullah! Lupalah.” Aiman tepuk dahi sendiri.

“Hah~ Itulah akibatnya mengelamun sana. Tak baik tangguh-tangguh kerja sahabat. Syaitan suka. Nauzubillah.” Alif menasihati sahabatnya.

“Maaflah Alif. Sejak seminggu ni, aku mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang lama. Lama itu yang aku nak cari.” Terang Aiman.

“Apa yang lama?” Alif seakan-akan selidik masalah sahabatnya itu.

Aiman terdiam seketika. Kemudian menghela nafas yang panjang untuk menjawap soalan sahabatnya itu.

“Hmm… Sahabat lamaku.” Jawab Aiman singkat.

“Sahabat lama. Siapa? Kenapa tak cari dia saja?”

Mereka bertembung mata. Aiman senyum tersengih-sengih akan soalan Alif itu. Seakan-akan ada kelucuan di situ.

“Jawablah.” Alif tak sabar dengar jawapan Aiman.

“Hehe… Dia bernama Raudah. Nurul Raudah Hasyim. Kami berdua dulu bersahabat baik. Selama 15 tahun. Sehinggakan ibubapa kami nak jodohkan kami pula. SubhanaAllah~”Bercerita Aiman. Senyumannya di bibir sentiasa meleret bila ingat kisahnya itu. 15 tahun itu amat lama Aiman dan wanita itu bersahabat. Sehinggakan mereka berdua dijodohkan oleh kedua-dua pihak keluarga. Cantik aturanNya. Tapi itu dulu. Dulu belaka.

“Raudah… Perempuan rupanya. Sekarang tahu di mana dia?” Alif kembali bertanya.

“Entah. Sejak kami sekeluarga keluar dari kampung, aku langsung tak dengar khabar dari dia dan keluarganya.” Jelas Aiman.

“InsyaAllah suatu hari nanti aku berjumpa juga dengan sahabat lama itu.” Kata Aiman dengan penuh keyakinan.

“InsyaAllah. Aku bantu kau cari ‘bidadari’mu ya.” Sokong Alif. Bergurau lagi.

“Terima kasih. Apa? Bidadari? Ada yang kena penumbuk ni.” Aiman berdiri tanda dia nak memulakan tumbukan.

“Woi! Aku main-main je la. Hahak~ Ok! Sekarang habiskan laporanmu. Tak payah nak angau-angau sana. Tak pasal-pasal tamat deadline untuk siapkan laporan tu.” Alif leraikan dan ingatkan Aiman akan tugasannya.

“Aik? Astaghfirullah~ Lupa lagi.. Hehe~ InsyaAllah.”

Alif langsung berlalu dari bilik Aiman. Aiman kembali ke kerjanya semula. Dia tahu sahabatnya pasti akan tolong dia bertemu lagi Raudah yang lama terpisah itu. Nada gurau itu bukti keikhlasan hati sahabatnya itu. Kini, dia harus siapkan laporannya itu. Tak nak fikirkan. Memoir yang lama terkubur dari hidupnya.

Monday 20 May 2013

Cerpen: Pulau Tarbiyahku (Bahagian 1)



Khuzair bergegas ke surau yang kurang 500 meter dari blok asrama. Azan Maghrib telah berkumandang. Tinggal iqamat saja ditunggu. Sebelum ini dia berdaftar sebagai pelajar baru ambilan kedua di Kolej Matrikulasi Labuan. Oleh sebab urusan untuk menempatkan modul lambat disiapkan, terpaksa tunggu hampir 4 jam. Petangnya, telah diberi kunci bilik, bersendirian dia pergi ke bilik yang bertempat di tingkat 4 blok E. Tiada roommate berada di dalamnya. 'Mungkin mereka pergi bersukan agaknya.' titah hatinya. Langsung dia kemaskan bilik barunya itu.

Iqamat berkumandang. "Alhamdulillah. Sempat juga sampai." Khuzair ambil wuduk dan lekas ke saf pertama. 

Selesai solat Maghrib, selesai doa, Khuzair berniat pergi dari surau untuk mengisi perutnya di kafe berdekatan. Mula saja kakinya melangkah keluar, tiba2 bahunya ditepuk mesra.

“Assalamualaikum.” Sapa si penepuk bahu Khuzair itu.

Sekali Khuzair toleh, kelihatan lelaki sebayanya berpakaian jubah paras kaki dan berserban. Serba putih. Dia mengukirkan senyuman manisnya. Khuzair turut tersenyum.

“Waalaikumsalam warahmatullah.” Jawab Khuzair akan sapaan si jubah putih itu.

“Nanti ada sesi taranum. Marilah join sekali.” Ajak lelaki itu.

“Tapi… Saya nak ke kafe sekarang. Nak mengisi perut kejap. InsyaAllah saya ke surau balik.” Kata Khuzair.

“Ilmu baru jangan dilepaskan begitu saja. Nah~ Ambil kurma ini. Kurma ni lebihan dari makanan saya. InsyaAllah terisi perutmu.” Ajak lelaki itu balik. Sambil menghulurkan bekas berisi kurma, mulutnya dia ukir jadi senyuman.

“Eh~ Tidak apa laa… Kan makanan awak.” Elak Khuzair.

“Ambil ja~ Jangan malu-malu. Rezeki ni dari DIA.” Lelaki itu berkata lagi.

“Baiklah.”Khuzair menyerah. Kali ni dia ukir senyumannya. Dia ambil bekas itu dari lelaki itu.

“Astaghfirullah! Lupa pula ana perkenalkan diri. Nama ana Mohammad Syukri Saimin. Panggil Syuk. Pelajar Modul 1. Kelas BP4. Enta?” Lelaki itu perkenalkan dirinya.

“Err.. Saya? Nama Khuzair Alifin Yasir. Selalu orang panggil Kuza sebab susah nak panggil kalau guna nama Khuzair. Pelajar Modul 1 juga macam Syukri. Tapi kelas BP2 la.” Khuzair perkenalkan diri balik.

“Kuza ya.. Eh? Samalah modul kita~ Tidak apa kelas beza-beza. Silibus pembelajaran sama saja.” Jelas Syukri.

“Betul juga. Bila start sesi taranum?” Tanya Khuzair.

“InsyaAllah tak lama lagi. 10 minit begitu.” Jawab Syukri.

“Jadi saya makanlah dulu kurma ni. InsyaAllah saya pergi.” Kata Khuzair.

“Bah~ Pergi ya.. Ana pergi dulu depan mimbar ni dengan sahabat-sahabat lain. Di situ kita mulakan sesi taranum.” Kata Syukri. Dia menunjukkan depan mimbar itu. Kelihatan 4 orang pelajar bersiap sedia memulakan sesi tersebut.

Khuzair mengangguk saja dan terus duduk dan menjamu kurma itu di ruang legar surau itu.


Kemerduan suara naqib bertaranum ketika membaca ayat-ayat dalam Al-Baqarah jelas menyelubungi seluruh surau nan besar itu. Kemudian diikuti oleh para pelajar seramai 5 orang beramai-ramai. Cuba bertaranum. Tidak kira sumbang ataupun merdu suaranya. Sama-sama turut mencuba bertaranum kerana begitulah teknik mendapat ilmu dari mereka yang berpengetahuan. Ilmu haruslah dituntut bagi manusia itu sendiri tidak kira ilmu sains, ilmu fiqh, ilmu perniagaan sehinggalah ilmu menggerakkan tangan dan kaki dipraktikkan pada zaman bayi. Kerana Rasulullah SAW menggalakkan kita berjuang menuntut ilmu. Sabda baginda:

“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berjuang fisabilillah hingga dia kembali.” Hadis riwayat At-Tarmizi & Ad-Darimi.

Jadi tidak hairanlah jika golongan tua pun turut berusaha menimba ilmu seperti meneruskan pembelajaran di university umpamanya kerana semua golongan berhak menuntut ilmu seperti yang di nyatakan oleh baginda itu sendiri.

Jam dinding menunjukkan pukul 7.15 malam. Selesai sesi bertaranum. Tiba-tiba salah seseorang pelajar yang mengikuti sesi itu musykilkan sesuatu. Sesuatu yang baru.

Itu dia. Kehadiran Khuzair membuat lelaki berkopiah hitam itu musykil.

"Hey! Kita ada saudara baru!" Lelaki itu mulakan suara bernada sinis.

Yang lain tersentak akan kata dari lelaki itu. Terus pandangan mereka mengarah ke Khuzair.

"Err.. Saya??" Khuzair kaget.

"Aish.. Akmal ni~ Agak-agaklah saudara baru. Mari ana kenalkan. Dia ni Khuzair Alifin Yasir. Just panggil Kuza. Pelajar Modul 1." Terang Syukri. Nasib dia pantas terangkan. Dia tahu apa maksud di sebalik ayat lelaki berkopiah hitam itu lontarkan.

"Ooo.. Tak pernah nampak pun mukanya sebelum ni sejak sesi interaksi." kata lelaki yang berpakaian baju biru lengan panjang dan bersarungkan kain pelikat.

"Saya sebenarnya pelajar ambilan kedua." Terang Khuzair. Dia tahu akan tekaan para pelajar apabila bertemu dengannya disebabkan kelewatan mendaftar secara sah sebagai pelajar kolej matrikulasi.

"Ooo.. Patut la tak pernah nampak. Hehe~" Lelaki berbaju biru itufaham penjelasan Khuzair. "Ana Zulkifli Dahri. Panggil Zul. Pelajar Akaun." Dia kenalkan diri. Mereka berdua bersalaman.

“Kuza! Ana Muhammad Akmal Ajis. Just call me Akmal. Student Modul 3. Ok?” Si lelaki berkopiah hitam turut kenalkan diri. 

“Kuza, Akmal ni kuat bergurau. Kadang-kadang gurauannya berbentuk sindiran. So, tahan-tahanlah ya gurauan ‘tajam’nya tu.” Terang Syukri sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

Semuanya ketawa riang. Paling kuat ketawa naqib taranum itu.

“Adui.. Umar ni. Kalau bab ketawa, tak ingat dunia.” Sampuk lelaki berjubah hijau paras lutut.

“Lawak apa Syukri cakap tu. Hahak!” sambung ketawa balik.

“Sudahlah! Kamu berdua lagi belum dikenal oleh Kuza.” Syukri leraikan ketawa mereka.

“Aik? Asif ya. Nama ana Umar Yunus. Panggil Umar ja. Student Modul 2. Ana ni bukannya naqib betul. Cuma pelajar yang sampaikan ilmu taranum kepada kamu semua. Hehe~” Umar kenalkan diri.

“Ana pula Nur Syarif Syakirin. Panggil Syarif. Sama modul dengan Umar. Jangan hairanlah kalau pergi kelas kami jalan sama-sama.” Kata Syarif. Si lelaki berjubah hijau itu.

“Sweet couple gitu. Hoho~” sampuk Akmal.

“Hmph! Celupar punya mulut Akmal ni.” Umar menampakkan penumbuknya itu kepada Akaml.

Akmal membalas dengan menjelir lidah. Semua ketawa balik. Begitulah gaya hidup mereka bersahabat. Tak lari dari senda gurau biarpun alam sesi penyampaian ilmu.

“Eh! Masuk waktu Isyak dah ni! Ana start azan la ya.” Kata Zul setelah melihat jam dinding itu. Jam menunjukkan pukul 7.33 malam.

“Bah~ Silakan.” Balas Umar.

Sedia mikrofon di depan ruang kiblat. Azan Isyak berkumandang.