"Aku Diberi Amanah Maka Aku Wujud."



Menulis boleh membangkitkan semangat juang.
Menulis boleh meragut jiwa hingga menitis airmata.
Menulis boleh menggugat pemerintahan tirani.
Menulis boleh mengawal minda masyarakat.

Maka, menulis adalah kuasa.
Kuasa merubah dunia.

Wednesday 29 May 2013

Cerpen: BERSAMA KE JANNAH (Bahagian 1)

Berada di bilik kerja persendirian, terlihat kehadiran seorang ahli mikrologi sedang duduk bersandar di kerusi empuknya. Ahli mikrologi itu bernama Muhammad Aiman Salahuddin. Gayanya seperti membayangkan sesuatu. Tak menghiraukan kertas kerja yang berlambakkan di atas meja kacanya itu. 

Ya. Memang dia membayangkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia imbau kembali kisah dulunya.

“Assalamualaikum, Dr. Aiman.” Sapa seseorang di luar pintu.

“Waalaikumsalam.” Terus sedar dari lamunannya.

“Amboi~ Termenung jauh nampak. Fikirkan calon ke?” Tanya lelaki itu dengan nada gurau.

“Aish engkau ni! Sembarangan~ Nak fikir jauh kena larang.” Aiman menjelir lidahnya.

Sahabat sekerjanya ketawa akan reaksi Aiman itu. Dia bernama Alif Mahfuz. Kerja sebidang dengan Aiman. Apabila ada kerja kursus yang hendak dilaksanakan, mereka berdualah yang sentiasa bersama-sama melakukan aktiviti sebegitu.

“Simpanlah perangai kebudak-budakkanmu itu. Laporan itu dah kau siapkan?”

“Astaghfirullah! Lupalah.” Aiman tepuk dahi sendiri.

“Hah~ Itulah akibatnya mengelamun sana. Tak baik tangguh-tangguh kerja sahabat. Syaitan suka. Nauzubillah.” Alif menasihati sahabatnya.

“Maaflah Alif. Sejak seminggu ni, aku mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang lama. Lama itu yang aku nak cari.” Terang Aiman.

“Apa yang lama?” Alif seakan-akan selidik masalah sahabatnya itu.

Aiman terdiam seketika. Kemudian menghela nafas yang panjang untuk menjawap soalan sahabatnya itu.

“Hmm… Sahabat lamaku.” Jawab Aiman singkat.

“Sahabat lama. Siapa? Kenapa tak cari dia saja?”

Mereka bertembung mata. Aiman senyum tersengih-sengih akan soalan Alif itu. Seakan-akan ada kelucuan di situ.

“Jawablah.” Alif tak sabar dengar jawapan Aiman.

“Hehe… Dia bernama Raudah. Nurul Raudah Hasyim. Kami berdua dulu bersahabat baik. Selama 15 tahun. Sehinggakan ibubapa kami nak jodohkan kami pula. SubhanaAllah~”Bercerita Aiman. Senyumannya di bibir sentiasa meleret bila ingat kisahnya itu. 15 tahun itu amat lama Aiman dan wanita itu bersahabat. Sehinggakan mereka berdua dijodohkan oleh kedua-dua pihak keluarga. Cantik aturanNya. Tapi itu dulu. Dulu belaka.

“Raudah… Perempuan rupanya. Sekarang tahu di mana dia?” Alif kembali bertanya.

“Entah. Sejak kami sekeluarga keluar dari kampung, aku langsung tak dengar khabar dari dia dan keluarganya.” Jelas Aiman.

“InsyaAllah suatu hari nanti aku berjumpa juga dengan sahabat lama itu.” Kata Aiman dengan penuh keyakinan.

“InsyaAllah. Aku bantu kau cari ‘bidadari’mu ya.” Sokong Alif. Bergurau lagi.

“Terima kasih. Apa? Bidadari? Ada yang kena penumbuk ni.” Aiman berdiri tanda dia nak memulakan tumbukan.

“Woi! Aku main-main je la. Hahak~ Ok! Sekarang habiskan laporanmu. Tak payah nak angau-angau sana. Tak pasal-pasal tamat deadline untuk siapkan laporan tu.” Alif leraikan dan ingatkan Aiman akan tugasannya.

“Aik? Astaghfirullah~ Lupa lagi.. Hehe~ InsyaAllah.”

Alif langsung berlalu dari bilik Aiman. Aiman kembali ke kerjanya semula. Dia tahu sahabatnya pasti akan tolong dia bertemu lagi Raudah yang lama terpisah itu. Nada gurau itu bukti keikhlasan hati sahabatnya itu. Kini, dia harus siapkan laporannya itu. Tak nak fikirkan. Memoir yang lama terkubur dari hidupnya.

No comments:

Post a Comment