"Aku Diberi Amanah Maka Aku Wujud."



Menulis boleh membangkitkan semangat juang.
Menulis boleh meragut jiwa hingga menitis airmata.
Menulis boleh menggugat pemerintahan tirani.
Menulis boleh mengawal minda masyarakat.

Maka, menulis adalah kuasa.
Kuasa merubah dunia.

Tuesday 23 February 2016

Fallen Angles: Prologue & (1)

*PROLOGUE*

Bersaksilah wahai Bumi,
Kami datang sapukan kekotoran darimu.

Bersaksilah wahai Bumi,
Kami datang selamatkan nyawamu.

Bersaksilah wahai Bumi,
Sampai mati kami membela tubuhmu.

Bersaksilah akan kuasa kami!
Kuasa rakyat kau!
Kuasa penghuni Bumi!
Kami akan lenyapkan kau,
Supaya tiada borjuah lombong rakyat!
Supaya dunia lebih aman tanpa kau!

Mampus kau dari Bumi!

Molotov dilempar anarkis, rifle bertubi-tubi menembak oleh askar, para revolusi pertahankan diri dengan pelindung yang ada di tepi jalan, polis elit menahan para revolusi sebanyak mungkin, para marhaen, terutamanya kaum wanita, kaum tua dan kanak-kanak terperap di rumah masing-masing, hanya boikot rutin mereka yang kapitalisma kuasai, para borjuah berlindung di balik dinding-dinding polis dengan ketakutan dan kebimbangan yang amat.

Matinya presiden yang selama ini menguasai negara Antarus, yang selama ini mewakili parti borjuah dominan, Parti Antarus Bersatu, telah menghuru-harakan keharmonian negara yang selama ini menabiri kekorupan borjuah, telah meranapkan ekonomi negara disebabkan boikot rakyat yang bagi mereka tindakan itu tanda ‘kebebasan’ mereka dari cengkaman kapitalisma. Pelbagai parti lain sama ada berideologi kanan dan kiri berusaha mengambil tahkta negara dengan cara kekerasan. Tiada lagi cara demokrasi yang selama ini diamalkan. Tiada lagi diplomasi dalam mencapai kesepakatan dalam membina negara baru bersama. Tiada lagi! Sebab…

ANTARUS BERADA DALAM FASA PEMBERONTAKAN!!!

Selagi parti terdahulu tidak undurkan diri dari takhta negara, selagi itulah parti-parti yang lain berusaha menumpaskannya. Selagi kapitalisma masih dipertahankan, selagi itulah para marhaen terus terperuk dalam rumah masing-masing. Selagi para penguasa dan keselamatan bertindak atas arahan para borjuah, selagi itulah para revolusi terus mermaharajalela di jalanan.

Selagi tiada penamat bagi para pemerintah untuk berkuasa, selagi itulah para revolusi terus mengancam kekuasaan mereka. Titik.

Di bumbung bangunan tinggi bertingkat 13 tingkat, yang parah dihancurkan para revolusi, dulunya syarikat korporat sekarang bangunan terbiar, ada dua lembaga hitam memerhati kebangkitan rakyat merobohkan dinding-dinding askar dan polis elit. Bertopeng tengkorak, itulah karakter utama dua lembaga tadi. Cumanya lembaga pertama dihadapan memakai jubah hitam, lembaga kedua di belakang lembaga pertama memakai hoodie hitam.

“Mentor, apa lagi tugas kita menanti? Semuanya telah selesai kita lakukan.” Soal lembaga hoodie.

“Sekarang kita tiada tugas. Kita cuma tunggu.”

“Akan ada negara baru terbentuk nanti?”

“Mungkin ada, mungkin tidak.”

“Memakan masa juga kalau tanah ini kembali bernegara semula.”

“Bertenang Ellie… Biar masa tentukan tindakan kita. Walaupun dunia ini berubah seratus peratus, kita kena ingat satu perkara saja, untuk kita semua.”

Ellie diam. Mendengar teliti tiap butir kata Mentor. Dengan perlahan Mentor memusingkan badannya, melangkah perlahan sambil berkata,


“Ingat tugas kita sampai mati. Demi para manusia yang inginkan keadilan samarata dan kelangsungan hidup saudara kemanusiaan, kita mesti mati demi mereka! Ingat, kita adalah malaikat maut, bagi borjuah dan The Cross… Ingat nama kita… Fallen Angles.”


(1)

Wilayah Kreiz, Antarus,
Mac 2050.

Kreiz, lubuk bagi manusia menjadi buruh kilang-kilang yang memproses hasil-hasil berjenama yang setiap tahun mendapat permintaan tinggi dari para konsumer yang hanya melayan wang kertas sebagai daun-daun subur yang bakal kering tika hampir tamat riwayatnya. Sekarang, tahun ini banyak kilang-kilang dibina untuk memproses hasil-hasil berjenama luar negara, dek kerana terlalu bukanya pintu Antarus kepada negara berkuasa seperti Amerika Syarikat untuk menerobos masuk produk-produk mereka kemudian mendominasikan pasaran tempatan menenggelamkan bisnes-bisnes tempatan yang sekian lama rakyat menitik peluh. Pendek kata, negara membangun itu telah dijajah negara kuasa besar, melalui ekonomi.

Malam Rabu, di mana para buruh kilang sedang berehat caskan tenaga untuk menyambung kerja buruh pada keesokkan harinya, hanya sebuah kilang makanan tin keluaran tempatan saja yang sedang beroperasi, sibuk seperti pada hari kebiasaannya. Malam Rabu ini jugalah ada seorang lembaga berbaju jaket hoodie hitam sedang memerhati kilang tersebut dari puncak tertinggi atap kilang jiran.

“Terdapat hanya 15 orang buruh termasuk Rajis di dalam kilang itu. Sememangnya ketatlah pengawasan mereka demi barang baru akan sampai kurang lima minit lagi. Lapan orang buruh mengawasi luaar pintu utama kilang daan selebihnya mengawasi di dalam kilang. Kamu hanya boleh memecah masuk ke dalam kilang melalui pintu belaakang tingkap. Aku akan sabotaj kamera pengawasan sepanjang misi berjalan. Tunggu hingga barang tersebut sampai. Sesudah sampai baru boleh hapuskan barang itu.” Panjang lebar lelaki yang memberikan informasi kepada lembaga jaket hitam yang masih bertenggek di puncak atap melalui alat komunikasi di telinga.

“Ya… Aku dah memerhatikan semuanya. Cuma perlu hapuskan barang tu kalau dah sampai.” Kata lembaga jaket hitam itu.

“Jadi, tak payahlah aku beritahu semuanya semenjak awal sebab Mentor sendiri ada deria penglihatan dan pendengaran yang sensitive, kan?” Berang lelaki yang memberikan informasi itu.

“Okay… Aku minta maaf sebab celuparnya mulut aku.” Mentor itu mengalah atas senitifnya pemberi informasi. “Fokus pada misi, barang tu berapa minit lagi sampai?” Soal Mentor.

“Maafkan saya juga sebab melenting pada Mentor… Emm… Dua minit lagi.” Kata pemberi informasi.
Dua minit telah berlalu. Tibalah dua buah lori yang dijangka membawa barang-barang yang kilang makanan tin perlukan.

“Barang tu dah sampai.” Mentor memberitahu pemberi informasi.

“Baiklah. Mentor, sila pakai topeng tengkorak supaya kami mendapat visual kilang itu.” Arah pemberi maklumat.

“Hah… Hampir lupa. Okay, aku pakai sekarang.” Mentor kemudian memakai topeng tengkorak yang telah direka khas untuk tujuan peninjauan dan rakaman jarak jauh.

Di luar pintu utama kilang, datang Rajis ke dua buah lori yang menghantar barang mereka inginkan dan melakukan konversasi dengan pemandu lori.

“Bos, kami bawa empat buah kotak dari US.” Kata pemadu lori itu.

Rajis senyum lebar melihat usaha pemandu lori itu membawa empat buah kotak. “Bagus! Seperti yang dijanjikan. Ini rancangan terakhir untuk merubah kedegilan rakyat. Kamu semua! Cepat angkut empat kotak tu!”

Terus kelam-kabut pekerja buruh itu pergi mengangkat kotak-kotak tersebut ke  dalam kilang.

“Shit!” Keluar makian dari Mentor.

“Kenapa, Mentor? Ada nampak sesuatu?” Tanya pemberi maklumat yang masih dalam talian.

“Betul tekaanmu, Khai. Kotak tu mengandungi berpuluh-puluh botol berisi racun. Racun yang sama berada dalam badan pesakit yang menjamah makanan tin yang kilang tu proseskan.” Terang Mentor di balik penglihatannya yang tajam.

“Ah! Aku dah agak! Memang racun yang hanya US mampu hasilkan.” Kata pemberi informasi bernama Khai.
“Okay Khai, Aku kena bergerak sekarang. Fokus pada misi.” Mentor kemudian melangkah pergi dari puncak atap kilang jiran. Berlari dan melompat, dari satu tempat berulang kali, persis melakukan parkour semata memecah masuk ke dalam kilang sasarannya.

******

“Tuan, empat kotak tu telah siap disusun rapi dalam stor simpanan produk.” Kata buruh itu dihadapan majikan mereka, Rajis.

“Bagus! Sekarang kamu boleh balik berehat. Arahkan kepada pekerja lain. Esok kamu semua kena kerja lagi.” Arah Rajis.

“Baik tuan!” Langsung buruh itu keluar meninggalkan bilik pejabat majikannya.

Sejak kotak-kotak tersebut, tidak hilang senyuman lebar Rajis, menandakan kegembiraannya yang amat. “Hahahaha… Lengkaplah rancangan hebat aku untuk menundukkan rakyat menghadap para pemerintah! Aku harus menelefon untuk berterima kasih kepada mereka yang selama ini mempercayai aku.”

Sambil dia mencari nombor telefon di smartphone-nya bagi menelefon ‘mereka’ itu, terdengar teriak dari salah seorang buruh yang melangkah keluar dari kilang.

Stor terbakar!

Stor terbakar!

“Apa?! Kotak aku!!!” Rajis terus keluar dari bilik pejabatnya, melihat keadaan yang baru berlaku.

Beberapa buruh kilang berusaha mematikan api yang kuat membakar stor tersebut termasuklah kotak-kotak yang baru sahaja disimpan. Walau pelbagai usaha telah lakukan untuk memadamkannya, api itu tetap marak umpama ribut yang tiada kelemahannya.

“Cepat padamkan api itu!!! Nanti terbakar kilang ni!!!” Teriak Rajis mengarahkan buruh-buruhnya.

Ada seorang lagi yang memerhati keadaan kelam-kabut itu selain Rajis. Dia bertenggek atas rangka kayu menonjol dari dinding. Berketinggian 10 meter dari kepala Rajis. Manusia itu adalah Mentor, lembaga berbaju jaket hitam dan bertopeng tengkorak yang bertanggungjawab atas kebakaran stor.

“Hah… Timbul pun kau dari tempat sembunyianmu. Jangan risau, aku tenangkan kau dari fikirkan mahu menyeksa rakyat.”

Dengan Hidden Blade yang tersembunyi di balik jaket lengan kirinya, dia terjun tanpa ragu-ragu, tanpa memikirkan kematiannya, menyasarkan sasarannya dengan Hidden Blade-nya.

Ssaap!

******

Rajis: Kau… (Terus memuntahkan darah)

Mentor: Ya… Akulah yang bertanggungjawab atas semua ni supaya kau menyesal atas rancangan gilamu.

Rajis: Heh… Sebaliknya aku berterima kasih kepada kau… Akhirnya aku dibunuh oleh kau daripada diseksa oleh mereka…

Mentor: Siapakah mereka yang kau maksudkan? Mereka yang arahkan kau lakukan semua ni?

Rajis: Lebih baik kau jangan cari pasal dengan mereka… Mereka bukan tandingan kau…

Mentor: Jangan risau pasal tu. Sekarang kau cakap siapa mereka tu?

Rajis: Ergh… Aku tak mampu bertahan lagi… Kau cari saja… (Rajis melelapkan matanya tanda dia telah meninggalkan dunia)

Mentor: Moga Tuhan membawamu selamat ke alam seterusnya.

******

“Tangkap dia!” Arah penjaga keselamatan setelah melihat pembunuhan yang Mentor lakukan. Tetapi, para buruh sibuk memadamkan api yang semakin marak dari stor terus-menerus menjilat dinding kilang. Datang pula dua buah kereta polis beserta sebuah kereta bomba sebagai bantuan utama.

“Aku kena cabut dari sini. Khai! Aktifkan mesin Blink!” Arah Mentor kepada Khai yang berada dalam talian.

“Okay! Aku aktifkan sekarang!” Sahut Khai.

Empat orang pegawai polis yang baru tiba ke kawasan kejadian mendapat maklumat dari penjaga keselamatan kemudian tanpa ragu-ragu pegawai polis tersebut lari menangkap Mentor. Mentor pun terus berlari ke pintu belakang kilang.

“Cepatlah Khai! Aku dikejar sekarang ni!” Bengang Mentor.

Khai terus memaklumkan Mentor. “Mentor, mesin Blink dalam keadaan sedia. Cepat pergi dari sini!”

Dengan pantas Mentor menekan suis Blink di sarung pergelangan tangan kanannya.

BLINK!

Kurang sesaat, Mentor hilang dari pandangan para pegawai polis. Mereka pun berpecah terus keluar dari kilang bagi mencari Mentor. Tiada kelihatan juga sosok tubuh itu mereka kejarkan. Tinggal mereka terpinga-pinga saja, terdiam tanpa soal atas kelolosan Mentor yang terlalu pantas seolah-olah hilang begitu saja, sukar untuk mereka kejar.

No comments:

Post a Comment